PSG Berjaya Rampas Frenkie De Jong Dari Genggaman Barcelona?

Cerita di dalam bola sepak ini adakalanya seperti kisah dongeng. Selain daripada jalan cerita penuh drama, ia juga mempunyai plot yang sentiasa memberikan elemen kejutan kepada sesiapa sahaja.

Naratifnya adakala tidak masuk akal. Tetapi itulah bola sepak di sudut mana pun di muka bumi ini.

Plot Twist

72 jam yang lalu, beiN Sports adalah antara yang terawal melaporkan pemain tengah muda Ajax, Frenkie de Jong memilih untuk kekal bersama Ajax sekurang-kurangnya sehingga ke penghujung musim- sekaligus menolak sebarang kemungkinan untuk berhijrah Januari ini.

De Jong adalah antara pemain muda yang sedang hangat di pasaran eropah, serta dikejar oleh beberapa kelab utama eropah yang lain. Paris Saint-Germain dan Barcelona adalah antara kelab yang menyatakan minat serius untuk mendapatkan pemain tersebut.

(Photo by Erwin Spek/Soccrates/Getty Images)

Bagi kelab seperti Ajax, mereka sedar pemain seperti De Jong, dan ramai lagi pemain-pemain keluaran akademi bola sepak mereka akan melangkah pergi bila sampai masanya. Kerana sejak dari dulu lagi, demikianlah model bola sepak kelab dari Belanda itu.

24 jam kemudian lain pula, serata media di Sepanyol dan eropah mulai melaporkan De Jong dan Ajax telah bersetuju untuk menerima tawaran dari gergasi La Liga, Barcelona dengan tawaran berjumlah €75 juta. Pemain tersebut turut dikatakan telah bersetuju dengan segala terma yang ditawarkan oleh kelab Catalan tersebut, dan segala butiran akan dilengkapkan di dalam tempoh beberapa hari berikutnya.

Terbaru, PSG dikatakan telah melakukan tawaran yang lebih lumayan kepada pemain tersebut untuk ke Ligue 1, dan juara gergasi Ligue 1 itu turut dilaporkan mereka yakin pemain antarabangsa Belanda itu akan ke Perancis Januari ini.

Perkara tersebut didedahkan oleh wartawan El Mundo seperti yang dikongsikan.

Apakah pilihan De Jong?

Walaupun PSG telah membuat tawaran, Barcelona dikatakan masih yakin De Jong akan ke Nou Camp. Pemain tengah berusia 21 tahun tersebut disifatkan sebagai pengganti kepada Sergio Busquet.


De Jong melakukan 27 penampilan untuk Ajax pada musim ini, dan menjaringkan empat gol dan 12 bantuan gol untuk gergasi Belanda itu. Keupayaan De Jong untuk beraksi di mana-mana posisi di bahagian tengah adalah kelebihan yang menyebabkan beliau dikejar oleh kebanyakan kelab-kelab utama eropah.

Adakah kita akan melihat satu lagi saga perpindahan di bola sepak eropah?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN