Tottenham Tidak Benarkan Manchester United ‘Beli’ Pochettino

Pochettino

Bukan perkara yang perlu dirahsiakan lagi bahawa Manchester United mahukan Mauricio Pochettino sebagai pengurus mereka mulai pada musim hadapan – walaupun Ole Gunnar Solskjaer melakukan tugas beliau dengan cemerlang sebagai interim setakat ini.

Namun demikian, ianya tidaklah semudah yang disangka oleh juara Inggeris sebanyak 20 kali itu.

(Photo by Molly Darlington – AMA/Getty Images)
Tottenham nekad

Laporan terbaru dari UK menyatakan Tottenham kini menjadi lebih nekad daripada sebelum ini untuk memastikan pengurus dari Argentina itu tidak berhijrah ke Old Trafford pada musim panas akan datang.

Malah Pengerusi Tottenham, Daniel Levy berkata beliau akan menolak sebarang bentuk bidaan untuk Manchester United mendapatkan pengurus mereka itu – walaupun jika mereka menerima tawaran sebanyak £50 juta dari kelab Manchester tersebut.

Tottenham Chairman Daniel Levy in the stands during the Premier League match at Goodison Park, Liverpool. (Photo by Peter Byrne/PA Images via Getty Images)

Melalui laporan oleh Daily Mail, Levy dikatakan berkata Spurs tidak mahu mengambil risiko untuk apa yang akan berlaku kepada kelab tersebut jika Pochettino pergi meninggalkan mereka. Apatah lagi dengan segala jenis bentuk perancangan yang sedang dilakukan untuk menbangunkan kelab tersebut – termasuk pembinaan stadium baharu yang dijangka akan mulai digunakan pada Mac hadapan.

Tebus kontrak

Pochettino sebenarnya baharu sahaja menandatangani kontrak baharu untuk kekal bersama Spurs pada Mei tahun lalu – setelah turut dikaitkan dengan jawatan yang sama di Real Madrid.

Manchester United hanya perlu membayar £34 juta untuk menebus kontrak Pochettino, dan tambahan £16 juta sebagai ganti rugi. Namun Levy dikatakan tidak berminat untuk berbincang atau menerima sebarang penebusan kontrak bekas pengurus Southampton tersebut.

Malah Levy dilaporkan sanggup membenarkan Pochettino menentukan sendiri polisi perpindahan pemain pada jendela perpindahan akan datang – termasuk menentukan pemain mana yang beliau mahukan untuk memperkasakan Spurs.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN