Jadon Sancho Nasihat Hudson-Odoi, Sifatkan Karier Di Jerman Tak Semudah Disangka

Sancho

Pemain remaja England sedang meningkat naik di Jerman, Jadon Sancho menasihati rakan sebaya beliau, Callum Hudson-Odoi bahawa karier di Bundesliga tidaklah semudah yang disangka.

Produk keluaran Akademi Manchester City itu mengalu-alukan kedatangan Hudson-Odoi tetapi memberikan amaran karier di Jerman bukanlah satu perkara yang mudah.

Langkah Sancho meninggalkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu bagi menyertai Borussia Dortmund dilihat berada di landasan yang tepat setelah beliau menjadi antara sandaran utama kelab baharunya itu.

Selepas mengharungi 17 perlawanan Bundesliga, Sancho, 18 tahun telah berjaya menjaringkan enam gol serta mencipta tujuh bantuan jaringan.

Keinginan tinggi Bayern Munich untuk mendapatkan khidmat Hudson-Odoi mendorong Sancho untuk memberikan nasihat buat rakannya yang turut berusia 18 tahun tersebut.

BUFTEA, ROMANIA – OCTOBER 29: (L-R) Callum Hudson-Odoi, Angel Gomes, Jonathan Panzo and Jadon Sancho of England dance during the U17 England Training Session at Football Centre FRF on October 29, 2016 in Buftea, Romania. (Photo by Ronny Hartmann/Getty Images)

”Setiap orang mempunyai laluan yang berbeza. Datang ke Jerman bukan satu perkara yang mudah. Orang ramai mungkin memikirkan ia satu perkara mudah kerana saya melakukan dengan baik, tetapi ia tidak mudah sama sekali.”

”Anda perlu mempunyai mentaliti yang kuat. Fokus, berkorban dalam banyak perkara seperti keluarga (meninggalkan keluarga) – ia merupakan perkara yang sukar untuk dilakukan.”

Ketika ditanya wartawan sama ada peluang untuk Hudson-Odoi menyertainya di Dortmund, ini adalah respon daripada Sancho:

”Saya boleh bercakap dengannya.”

Jadon Sancho dan Callum Hudson-Odoi merupakan antara pemain yang menganggotai skuad England sehingga berjaya menjuarai Piala Dunia B-17 serta B-20 di India dan Korea Selatan pada tahun 2017.

 

.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN