Quantcast

BERITA

Ramsey Belum Muktamadkan Sertai Juventus, Liverpool Antara Destinasi Pilihan

Juventus mungkin adalah pasukan pilihan untuk mendapatkan tandatangan Aaron Ramsey apabila kontrak pemain tersebut bersama Arsenal tamat pada penghujung musim ini.

Semalam beberapa media antarabangsa melaporkan pemain tengah berusia 28 tahun itu telah bersetuju untuk berhijrah ke Turin -setelah tiada kontrak baharu ditawarkan oleh The Gunners.

Namun sumber terkini dari BBC berkata, pemain tersebut sebenarnya belum memberi sebarang kata putus mengenai masa depannya, dengan beberapa tawaran lain dari beberapa kelab utama eropah turut berada di dalam senarai pertimbangan.

(Photo by David Price/Arsenal FC via Getty Images)

Tiada yuran perpindahan

Menurut BBC, Ramsey boleh menjadi pemain British yang menerima bayaran tertinggi di dalam bola sepak disebabkan mana-mana kelab yang ingin mendapatkan beliau tidak perlu membayar yuran perpindahan.

Difahamkan beliau turut mengimpikan untuk beraksi bersama pasukan yang disokong oleh beliau ketika zaman kanak-kanak, iaitu Barcelona.

Walaupun terdapat perbincangan awal di antara Ramsey dan pihak di Nou Camp, kemungkinan tersebut seperti tidak akan berlaku selepas tiada perbincangan susulan membabitkan kedua-dua pihak.

Tawaran daripada Paris Saint-Germain (PSG) turut mengujakan. Namun Ramsey turut dikatakan turut menarik minat Real Madrid, Bayern Munich dan juga Inter Milan yang mengikuti rapat perkembangan pemain tersebut menjelang hujung musim ini.

Malah rakan sepasukan Ramsey di Wales, Gareth Bale dilaporkan telah memujuk supaya pemain tersebut memilih untuk beraksi di La Liga pada musim hadapan.

(Photo by Andrew Surma/NurPhoto via Getty Images)

EPL mungkin menjadi pilihan

Jika Ramsey memilih untuk terus kekal di England untuk terus bersaing di Liga Perdana Inggeris (EPL), ia turut tidak akan menjadi masalah untuk pemain ini.

Setakat ini Liverpool dikatakan menjadi pilihan Ramsey, tatkala kelan-kelab utama lain seperti Manchester United, Manchester City, atau Chelsea turut mempunyai keupayaan untuk memenuhi tuntutan gaji pemain tersebut.

(Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Peraturan Bosman

Di bawah peraturan Bosman, Ramsey kini dibenarkan untuk berbincang dengan mana-mana kelab di luar England, dan menandatangani pra kontrak sebelum disahkan menyertai kelab baharu pada musim panas akan datang.

Sebelum ini Ramsey telah mengesahkan tidak akan kekal di Etihad selepas Arsenal menarik diri dari persetujuan kontrak selama empat tahun pada September lalu dipercayai disebabkan faktor kewangan (struktur gaji siling).

Ramsey dan Arsenal dikatakan telah bersetuju dengan perbincangan mengenai kontrak, namun akhirnya tawaran tersebut tidak diserahkan untuk ditandatangani – sebelum Ramsey dimaklumkan mengenai keputusan terkini oleh pengurusan tertinggi kelab.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!