Quantcast

BERITA

Copa Del Rey: Erick Cabaco & Borja Mayoral Bantu Levante Cipta Kemenangan Keatas Barcelona

Dua jaringan minit awal oleh Erick Cabaco dan Borja Mayoral membantu Levante menewaskan juara bertahan, Barcelona 2-1 pada aksi pertama peringkat 16 terbaik Copa Del Rey, awal pagi tadi.

Barcelona yang merupakan juara 30 kali saingan tidak menurunkan Luis Suarez dan Lionel Messi, sebaliknya menyandarkan harapan kepada Phillipe Coutinho dan Ousmane Dembele.

Di jentera pertahanan pula, Ernesto Valverde meletakkan kepercayaan kepada pemain berusia 19 tahun, Juan ‘Chumi’ Brandariz untuk digandingkan bersama-sama Jeison Murillo.

Pasukan tuan rumah hanya memerlukan empat minit untuk membuka tirai jaringan selepas pemain pertahanan, Cabaco melonjak tinggi bagi menanduk bola hasil sepakan percuma yang diambil Ruben Rochina.

Tandukan tersebut tidak mampu dihalang Jasper Cillessen yang hanya memandang bola membolosi gawangnya.

VALENCIA, SPAIN – JANUARY 10: Jeison Murillo of Barcelona looks dejected in defeat after the Copa del Rey Round of 16 match between Levante and FC Barcelona at Ciutat de Valencia on January 10, 2019 in Valencia, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Skuad bimbingan Paco Lopez terus menggandakan kedudukan pada minit ke-18 selepas pemain pinjaman daripada Real Madrid, Borja Mayoral meledakkan jaringan kedua.

Mayoral yang mendapat umpanan cantik daripada Emmanuel Boateng, berjaya melepasi kawalan dua orang pertahanan Barcelona dengan meledakkan rembatan leret untuk terus menggembirakan penyokong di Estadio Ciudad de Valencia.

Usaha Barcelona mencipta jaringan akhirnya menjelma pada minit ke-85 selepas pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti apabila Coke mengasari Denis Suarez dalam kawasan penalti.

Coutinho yang mengambil sepakan tidak berdepan masalah untuk kembali merapatkan jurang jaringan, namun ia tidak cukup untuk mengelakkan skuad gergasi Sepanyol itu dari menerima kekalahan.

Kedua-dua pasukan akan kembali bertemu di Nou Camp pada 18 Januari ini untuk aksi kedua bagi menentukan pasukan yang bakal ke peringkat suku akhir.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!