Quantcast

BERITA

Chris Hughton: Van Dijk Mampu Sebaris Pertahanan Terbaik Dalam Sejarah Liga Perdana Inggeris

Pengurus Brighton & Hove Albion, Chris Hughton menyifatkan aksi yang dipamerkan pemain pertahanan, Virgil Van Dijk bersama Liverpool bakal meletakkannya sebaris dengan pemain pertahanan terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Hughton bagaimanapun berkata pemain antarabangsa Belanda itu perlu mengekalkan corak permainan konsisten dalam masa yang panjang untuk mencapai tahap dinyatakannya.

Van Dijk direkrut dari Southampton pada Januari 2017 dengan yuran perpindahan bernilai £75 juta dan menjadikannya sebagai pemain pertahanan termahal di dunia.

Ketika ditanya adakah Van Dijk setanding dengan pemain pertahanan hebat EPL seperti John Terry, Sol Campbell dan Rio Ferdinand, ini adalah jawapan Hughton kepada wartawan.

”Adakah dia setanding dengan pemain tersebut? Ya, sudah tentu. Saya tidak ragu-ragu apabila anda melihat kepada kualiti yang dimilikinya.”

”Pemain lain yang kami sebutkan telah melakukannya dalam satu tempoh yang panjang. Sekiranya anda bertanyakan kepada saya, jika dia berada pada tahap itu sebagai pemain dan jawapan saya adalah ya.”

BURNLEY, ENGLAND – DECEMBER 08: Chris Hughton, Manager of Brighton and Hove Albion arrives at the stadium prior to the Premier League match between Burnley FC and Brighton & Hove Albion at Turf Moor on December 8, 2018 in Burnley, United Kingdom. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Van Dijk dijangka akan mengepalai jentera pertahanan tengah Liverpool pada perlawanan bertemu skuad bimbingan Hughton di Amex Stadium, malam esok.

Liverpool ketika ini masih berada di tangga teratas EPL selepas mengumpul 54 mata, kelebihan empat mata meninggalkan Manchester City.

Virgil Van Dijk juga menjadi sandaran utama buat Liverpool yang menjadi pasukan paling sedikit dibolosi (10 gol) ketika ini. Dibantu kekebalan Alisson Becker mengemudi gawang gol beliau.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!