Melaka United Bakal Berangkat Ke Vietnam Asah Taring

Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) hari ini mengumumkan tiga aksi persahabatan pra-musim 2019 telah diaturkan di Vietnam bermula 12 hingga 15 Januari ini sebagai persiapan untuk menghadapi musim baharu Liga Malaysia.

Skuad Hang Tuah itu dijadualkan bertemu tiga kelab daripada divisyen 1 Liga Vietnam iaitu Becamex Binh Duong FC di Stadium Go Dau, Bình Dương pada Sabtu ini (12 Januari 2019), Sai Gon FC di Stadium Thong Nhat pada hari Ahad (13 Januari 2019) dan Hồ Chí Minh City FC di Stadium Ba Ria, pada 15 Januari.

Selepas pulang dari Vietnam, mereka akan bertemu pasukan Sarawak pada 21 Januari dalam satu lagi perlawanan persahabatan. Melaka United mula mempamerkan keserasian antara pemainnya selepas menempuh tiga aksi persahabatan pra-musim sebelum ini.

Mereka mencatat kemenangan 3-2 ke atas Selangor United FC pada 29 Disember 2018 sebelum menewaskan Negeri Sembilan 2-0 pada 5 Januari 2019 dan membenam kelab Singapura, Warriors FC 5-1, semalam.

Kesebelasan utama pasukan Melaka United ketika menentang Warriors FC semalam. FOTO: MUSA

Ketua Jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan dilihat berpuas hati dengan persembahan pemain import dalam percubaan dari Brazil, Anselmo Casagrande yang memberikan aksi terbaik pada perlawanan persahabatan semalam.

“Gandingan beliau (Cassagrande) dan seorang lagi pemain import, Luka Milunovic menampakkan keserasian biarpun hanya digandingkan dalam latihan beberapa hari lalu dan kita berharap gandingan ini akan bertambah mantap menjelang aksi sebenar liga.

“Secara keseluruhan kita dapat lihat permainan lebih teratur oleh semua pemain, namun saya tidak menafikan ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan mana perkara baik ia perlu dipertingkat serta diteruskan,” katanya dalam Utusan Malaysia

Malah, Zainal juga turut berpuas hati dengan barisan pertahanan Melaka United yang diketuai pemain berpengalaman seperti Shukor Adan dan Razman Roslan.

“Dengan pemain-pemain tonggak ini kita percaya mereka akan berikan sesuatu yang terbaik, cuma memerlukan sedikit masa untuk pertingkatkan prestasi,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN