Quantcast

BERITA

Perak Dan PKNP FC Dapat Tajaan Lebih RM30 Juta Harungi Liga Malaysia

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan pasukan Perak dan PKNP FC telah menerima tajaan sebanyak RM30 juta untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut laporan daripada Utusan Malaysia,  tajaan tersebut adalah daripada pihak swasta dan bukannya daripada kerajaan negeri atau syarikat milik kerajaan (GLC).

Berbeza berbanding pada musim-musim sebelum ini yang mana kerajaan negeri mengeluarkan tajaan kepada kedua-dua pasukan tersebut.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berkata, peruntukan tersebut mengambil kira aksi skuad The Bos Gaurus dalam play-off Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

“Pasukan Perak akan beraksi di peringkat antarabangsa dan perbelanjaannya kita buat perkiraan sampai Perak ke final kejohanan antarabangsa tersebut.

“Banyak pihak swasta memberikan sumbangan dan kerajaan negeri dan GLC negeri tidak perlu mengeluarkan peruntukan yang banyak,” katanya.

SIDANG MEDIA PRESIDEN PAFA – PENGENALAN PEMAIN DAN JERSI PASUKAN 2019

Sidang Media Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Dato Seri Ahmad Faizal Bin Dato Azumu berkenaan sesi pengenalan pemain pasukan Perak The Boss Gaurus dan pelancaran jersi pasukan di pekarangan Stadium Indera Mulia pada 26 Januari depan.Moh Yob Yong datang beramai-ramai ke stadium weehhh demi pasukan kesayangan kite!!!

Posted by Perak TBG on Wednesday, January 9, 2019

Mengenai persiapan pasukan Perak, Ahmad Faizal berkata, jurulatih, Mehmet Durakovic berpuas hati dengan para pemain skuad kali ini.

Menurutnya, Pafa juga sudah menghantar senarai 25 pemain skuad Perak untuk didaftarkan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

“Kita sudah mempunyai pemain yang cukup dan saya yakin Perak yang dibarisi sebahagian besarnya pemain muda mampu pergi jauh,” katanya.

Selain itu, Faizal turut mengumumkan sesi pengenalan pemain pasukan Perak The Boss Gaurus dan pelancaran jersi pasukan di pekarangan Stadium Indera Mulia pada 26 Januari depan.