Piala Asia 2019: Vietnam Terpaksa Telan Kepahitan Tewas Akibat Jaringan Lewat Dihasilkan Ali Adnan

Iraq

Vietnam terpaksa menelan kepahitan apabila tumpas 2-3 ditangan Iraq dalam aksi kumpulan D Piala Asia 2019 yang berlangsung di Zayed Sport City Stadium, malam tadi.

Lebih mengecewakan apabila skuad yang dibimbing Park Hang-Seo itu dua kali mendahului lawan tersebut, namun Iraq kental untuk bangkit sekaligus menamatkan aksi 90 minit sebagai pemenang.

Segalanya berada di landasan yang tepat buat juara Piala AFF Suzuki 2018 itu apabila berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-24.

Ali Faez Atiyah yang berusaha untuk menyekat hantaran Nguyen Quang Hai kepada Nguyen Cong Phuong, tertampan bola ke gawang sendiri walaupun Frans Dhia Putros berusaha keras untuk mengeluarkan bola dari bergolek masuk ke pintu gol Iraq.

Phan Van Duc (jersi merah) cuba melepasi kawalan pertahanan Iraq, Ahmad Ibrahim Al-Qafaje. Foto: AFC

Kesilapan pertahanan tengah Vietnam, Do Duy Manh memakan diri apabila beliau gagal mengawal bola dengan cermat sehingga berjaya dirampas Mohanad Kadhim yang kemudiannya melepaskan rembatan bagi menewaskan Dang Van Lam pada minit ke-35.

Nguyen Cong Phuong kembali meletakkan Vietnam di hadapan ketika perlawanan babak pertama hanya berbaki tiga minit selepas menolak masuk bola susulan percubaan awal dilakukan Nguyen Trong Hoang ditepis penjaga gol, Jalal Hassan.

Memasuki babak kedua, Iraq memperkemaskan jentera pertahanan dan tampil memberikan ancaman buat Vietnam.

Humam Tariq Faraj menyempurnakan peluang hasil kelam kabut di hadapan pintu gol Vietnam pada minit ke-60 untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Pemain pertahanan, Ali Adnan muncul wira buat Iraq selepas beliau berjaya meledakkan sepakan percuma cantik yang gagal dihalang Van Lam pada lewat permainan untuk menghadiahkan gol kemenangan buat skuad bimbingan Srecko Katanec itu.

Kredit foto: AFC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN