Quantcast

BERITA

VIDEO: Jaringan Kane Beri Kelebihan Tipis Buat Tottenham Menjelang Separuh Akhir Kedua Piala Carabao

Jaringan tunggal Harry Kane menerusi sepakan penalti pada minit ke-27 memberikan bekalan satu gol buat Tottenham Hotspur menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Carabao 2018/19 pada 22 Januari nanti.

Pasukan pelawat yang dibimbing Maurizio Sarri itu harus menyalahkan diri sendiri apabila para pemainnya gagal menterjemahkan deretan peluang jaringan dek kerana kecekapan penjaga gol, Paulo Gazzaniga.

Barisan pertahanan Tottenham juga kekal bertahan bagi mengekang asakan bertali arus yang dilancarkan bahagian serangan Chelsea yang diketuai Eden Hazard.

LONDON, ENGLAND – JANUARY 08: Harry Kane of Tottenham Hotspur scores his team’s first goal from the penalty spot past Kepa Arrizabalaga of Chelsea during the Carabao Cup Semi-Final First Leg match between Tottenham Hotspur and Chelsea at Wembley Stadium on January 8, 2019 in London, England. (Photo by Justin Setterfield/Getty Images)

Sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil perlawanan, Micheal Oliver kepada Tottenham Hotspur berpunca daripada kekasaran penjaga gol, Kepa Arrizabalaga yang menjatuhkan Harry Kane dalam kawasan penalti.

Bantuan daripada Video Assistant Referee (VAR) turut digunakan bagi mengesahkan keputusan tersebut.

Sepakan yang disempurnakan sendiri oleh Kane itu menjadi jaringan tunggal yang memisahkan kedua-dua pasukan untuk kelebihan tipis buat tuan rumah menjelang aksi kedua di Stamford Bridge nanti.

 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!