Kenali Ki-Jana Hoever, Bintang Muda Liverpool Dari Belanda Yang Buat Ajax Gigit Jari

Pemain usia remaja, Ki-Jana Hoever menjadi pemai termuda yang pernah tampil dalam pertandingan Piala FA untuk Liverpool. Pada usia 16 tahun, Hoever melakukan penampilan pertama pada minit ke-6 untuk menggantikan Dejan Lovren dalam perlawanan menentang Wolves.

Termuda di saingan Piala FA, Hoever juga adalah pemain ketiga termuda sepanjang zaman untuk menyarung jersi skuad utama kelab Merseyside itu.

Tetapi mengapakah nama Ki-Jana Hoever mendapat perhatian ramai pemerhati bola sepak di England? Mari kenali pemain muda ini.

(Photo by Mike Egerton/EMPICS/PA Images via Getty Images)
Dari Ajax ke Liverpool

Ki-Jana Hoever dilahirkan pada 18 Januari 2002. Di peringkat awal pembangunan, Hoever pernah beraksi bersama AZ Aklmaar, sebelum menyertai akademi bola sepak Ajax.

Beberapa kelab gergasi Inggeris seperti Manchester United, Manchester City, Chelsea turut dikatakan memantau perkembangan pemain tersebut sebelum ini – namun Liverpool menjadi kelab terpantas menyambar bakat muda ini.

(Photo by Ricardo Nascimento/Getty Images)

Disebabkan Ki-Jana Hoever tidak memiliki kontrak profesional bersama Ajax (dianggap pemain akademi), Liverpool tidak perlu membayar yuran perpindahan untuk pemain tersebut kepada Ajax.

Ajax dilaporkan tidak senang dengan perkara tersebut, namun terpaksa akur untuk berpuas hati menerima sekadar bayaran pampasan kos pembangunan untuk pemain itu – seperti mana yang termaktub dalam peraturan perpindahan pemain FIFA.

Namun Ki-Jana Hoever terpaksa menunggu sehingga September tahun lalu untuk melakukan penampilan pertama bersama Liverpool – setelah terpaksa menunggu pelepasan antarabangsa.

(Photo by Sam Bagnall – AMA/Getty Images)
Posisi pemain

Pemain berusia 16 tahun ini boleh beraksi di posisi pertahanan tengah, atau di sebelah sisi sebagai bek kanan. Keupayaan beliau di Anfield sudah pun disamakan dengan rakan sepasukan, Virgil Van Dijk.

Malah ketika beraksi menentang Everton untuk skuad Bawah 18, Hoever diletakkan di posisi sayap kanan – di mana beliau turut menampilkan aksi menakjubkan. Jurulatih skuad remaja Liverpool, Barry Lewtas mempunyai penjelasan untuk kehebatan pemain ini.


“Beliau datang dari kelompok pemain yang bagus. Saya akan merasa malu jika mengambil sebarang kredit hasil prestasi beliau,” ujar Lewtas.

Penjelasan Lewtas mudah difahami. Tiba dari akademi bola sepak Ajax, versatility adalah antara penekanan utama di akademi bola sepak terkemuka eropah itu.

(Photo by Nick Taylor/Liverpool FC/Liverpool FC via Getty Images)
Pembangunan bersama Liverpool diteruskan

Pemain remaja antarabangsa Belanda ini melakukan penampilan pertama bersama skuad Bawah 18 Tahun Liverpool dalam kemenangan 4-1 ke atas Newcastle pada 15 September lalu.

Hoever kemudiannya tampil bersama Liverpool di UEFA Youth League tiga hari kemudian untuk berhadapan Paris Saint-Germain (PSG), sebelum turut tampil untuk skuad Bawah 23 Liverpool di pertandingan Premier League 2 pada penghujung November berhadapan Everton.

(Photo by Nick Taylor/Liverpool FC/Liverpool FC via Getty Images)

Seminggu sebelum Liverpool berhadapan Manchester United pada 17 Disember lalu, Jurgen Klopp telah memanggil pemain ini untuk berlatih bersama-sama skuad utama The Kops di Melwood – setelah tertarik dengan kematangan beliau bersama setiap pasukan peringkat usia kelab tersebut.

Walaupun tidak bersama pasukan utama Liverpool dalam kemenangan 3-1 ke atas seteru Liga Inggeris mereka itu, ia adalah indikasi jelas Klopp mahu menjelmakan lebih ramai bakat muda untuk Liverpool – sepertimana yang telah dilakukan oleh pengurus tersebut kepada pemain seperti Trent Alexander-Arnold dan Joe Gomez.

(Photo by James Baylis – AMA/Getty Images)
Rumusan

Jurulatih skuad Bawah 23 Liverpool, Neil Critchley menyifatkan ia sebagai sesuatu yang luar biasa untuk seorang pemain berusia 16 tahun memberikan impak seperti Ki-Jana Hoever. Jurgen Klopp sendiri mengesahkan Hoever adalah bintang masa depan Liverpool ketika mengesahkan pemain tersebut akan mengambil bahagian dalam perlawanan Piala FA menentang Wolves tempoh hari.

Harus diingat. James Milner adalah pemain berusia 16 tahun ketika melakukan debut bersama Leeds United satu ketika dahulu – tatkala Ki-Jana Hoever hanya berusia 10 bulan ketika itu.

Kini terpulang kepada Liverpool untuk merealisasikan potensi Ki-Jana Hoever.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN