Mats Hummels Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Kelab Premier League

Musim ini merupakan musim yang sukar buat Bayern Munich.

Mereka tidak menguasai bola sepak Jerman seperti kebiasaan, dan pengurus Niko Kovac dikatakan tidak menerima sokongan penuh daripada pemain beliau sendiri.

Kini, pemain pertahanan Mats Hummels pula dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Bayern Munich.

Tetapi di mana destinasinya?

Laporan di Jerman mengatakan Hummels kini digosipkan dengan perpindahan ke kelab Premier League dengan Chelsea dan Tottenham Hotspur menjadi pilihan.

Namun begitu, khabar angin itu kemudiannya dinafikan dengan mudah oleh pihak Bayern Munich sendiri.

Menurut laman Goal, Karl-Heinz Rummenigge telah pun menafikan perkara tersebut dengan mengatakan pemain tersebut akan terus bersama dengan Bayern Munich sehingga akhir musim.

Semua ini dileraikan selepas pihak atasan Bayern Munich bertemu dengan pemain itu untuk membincangkan isu yang berlaku antara dua pihak.

“Kami mempunyai hasil perbualan yang baik antara dua pihak. Dan Mats Hummels akan kekal bersama kami untuk baki saingan musim ini.”

“Hummels mahu bercakap dengan kami. Kami jelaskan perkara dari sudut kami dan beliau terangkan isu dari pihaknya.”

Spekulasi mengenai perpindahan ini berlaku selepas Hummels kini tidak lagi merupakan pertahanan tengah utama kelab tersebut.

Selain itu, beliau juga turut mempunyai isu dalaman dengan Kovac.

Bayern Munich kini 6 mata dibelakang Borussia Dortmund dalam saingan liga, dengan hanya satu lagi perlawanan untuk diharungi pada musim 2018.

Selepas itu, mereka akan berehat untuk cuti musim sejuk selama sebulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN