Mauricio Pochettino Jadi Sasaran Utama Manchester United Ganti Mourinho

Usai pemergian Jose Mourinho dari Manchester United selepas dipecat daripada jawatan pengurus pasukan itu, kelab tersebut terus menumpukan perhatian dalam usaha untuk mendapatkan pengganti beliau.

Satu nama yang menjadi tumpuan untuk dijadikan sebagai pengganti Mourinho adalah pengurus Tottenham Hotspur – Mauricio Pochettino.

Menurut laporan Telegraph, Manchester United dikatakan sudah bersedia untuk membayar sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan khidmat pengurus tersebut.

Malah, mereka dikhabarkan akan memecahkan rekod dunia dalam membayar pampasan untuk khidmat Pochettino.

LONDON, ENGLAND – NOVEMBER 28: Mauricio Pochettino, Manager of Tottenham Hotspur gives his team instructions during the UEFA Champions League Group B match between Tottenham Hotspur and FC Internazionale at Wembley Stadium on November 28, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Situasi ini cukup merunsingkan Tottenham Hotspur dek kerana kebolehan pengurus mereka itu yang menyebabkan pelbagai kelab mahu untuk mendapatkan Pochettino.

Real Madrid misalnya, merupakan pasukan yang sudah lama ingin mendapatkan Pochettino selepas Zinedine Zidane meninggalkan kelab tersebut.

Jadi untuk masa sekarang, terdapat Real Madrid dan Manchester United yang akan bersaing untuk mendapatkan Pochettino.

Pochettino berpotensi akan meninggalkan Tottenham Hotspur selepas beliau memberikan bayangan yang dirinya tidak akan mendapat sebarang wang untuk dibelanjakan pada bulan Januari nanti.

Hal ini kerana, sebahagian besar daripada wang kelab tersebut telah pun dibelanjakan untuk stadium baharu mereka yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Walaupun begitu, pihak pengurusan tertinggi Tottenham Hotspur mengatakan yang mereka akan tetap memastikan Pochettino akan terus kekal di kelab tersebut.

Untuk rekod, Pochettino baru saja melanjutkan khidmatnya bersama pasukan itu bersama kontrak jangka panjang pada bulan Mei yang lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN