Shahrom Kalam & R. Surendren Rekrut Terbaharu PKNS FC, Khidmat Mahalli Jasuli Masih Ditagih

PKNS FC

Bagi memantapkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia 2019, Kelab Bola Sepak Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) telah mengumumkan kehadiran dua pemain berpengalaman, Muhammad Shahrom Abdul Kalam dan R. Surendren menyertai skuad The Red Ants itu.

Menurut sumber laman sesawang rasmi PKNS FC, bekas ketua pasukan Felcra FC dan Melaka United itu telah memeterai kontrak selama setahun.

Dalam perkembangan lain, Mahalli Jasuli juga telah bersetuju untuk terus kekal selama setahun lagi bersama skuad yang dibimbing Datuk K Rajagobal itu.

Mengulas mengenai keputusannya untuk menyertai PKNS FC, Shahrom Kalam menyifatkan faktor kewibawaan Datuk K Rajagobal telah mendorong beliau membuat keputusan tersebut.

“Terima kasih kepada pengurusan PKNS FC yang menerima saya untuk berkhidmat bersama pasukan ini.

”Antara sebab saya memilih pasukan ini adalah kerana kewibawaan ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal.”

Saya yakin dengan kemampuan saya dapat membantu PKNS FC mencapai sasaran yang ditetapkan pihak pengurusan.”

Bagi R Surendren pula, beliau berharap dapat mengekalkan prestasi terbaik untuk bersaing dengan pemain lain dalam pasukan.

“Saya tidak menunggu lama untuk menyatakan persetujuan setelah diberitahu Datuk K Rajagobal mahukan khidmat saya.

”Saya harap dapat mengekalkan prestasi dan bersaing untuk merebut posisi utama, yang mana saya tahu pemain PKNS FC dibarisi pemain-pemain muda yang berkaliber.”

Sebelum ini, PKNS FC telah mengumumkan kehadiran tujuh pemain tempatan baharu ke dalam pasukan.

Pemain-pemain tersebut adalah Akram Mahinan, Nicholas Ryan Swirad, Tommy Mawat Bada, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Shafiq Shaharudin, Mohamad Fandi Othman dan Mohd Farhan Abu Bakar.

Manakala bekas pemain import MISC-MIFA FC dari Liberia, Kpah Sean Sherman turut sudah diumumkan kehadirannya ke PKNS FC.

Musim 2018 menyaksikan PKNS FC mempamerkan aksi yang boleh dikatakan meyakinkan selepas berjaya menamatkan saingan Liga Super di tempat ketiga, layak ke separuh akhir Piala FA serta suku akhir Piala Malaysia.

Kredit foto: PKNS FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN