England bangkit dalam 12 minit terakhir untuk menewaskan Crotia 2-1 di Wembley. Gol daripada pemain gantian – Jese Lingard – dan Harry Kane membolehkan England menjuarai Liga A – Kumpulan 4.
Kekalahan Croatia ini membuatkan mereka tersingkir daripada kumpulan 4 bersama-sama dengan Sepanyol. Manaka pasukan England mara ke pusingan seterusnya.
Aksi Dejan Lovren pastinya menjadi perhatian sepanjang perlawanan ini selepas memberitahu dia mahu menewaskan England kerana menganggap England tidak menghormati mereka ketika di Rusia dengan slogan It’s Coming Home.
“Saya rasa ketika di Rusia – England tidak menghormati kami. Mereka 100% bersedia dengan slogan popular ‘football’s coming home’, kerana menganggap mereka akan menang [ke atas Croatia].”
“Kami tak sukakannya dan kami masih tak sukakan sesiapa sahaja yang tidak menghormati kami. Ianya akan memberikan kami lebih motivasi untuk menang.”
Lovren juga menyatakan mereka mahu menewaskan England dan berjalan seperti bos.
Sebelum itu, Lovren juga memberikan komen tak profesional ke atas Sergio Ramos selepas kemenangan Croatia ke atas Sepanyol. Pengendali Croatia – Zlatko Dalic – menyatakan beliau akan bercakap dengan pemain tersebut berkenaan dengan perkara itu.
Kemenangan England ini diraikan dengan lagu Football’s Coming Home yang dimainkan dengan kuat – mungkin sengaja ditujukan kepada Lovren.
WHAT A GAME THAT WAS
ENGLAND 2
CROATIA 1ANOTHER SEMI FINALS FOR ENGLAND!
IS IT COMING HOME THIS TIME?
EJ MOJI HRVATI!
STA KAZE LOVREN – ZGAZIMO? AHAHAHHAAH #ENGCRO #UEFANationsLeague #ItsComingHome pic.twitter.com/nEWlk6rXWZ
— TheSerbianNinja (@brane_S) November 18, 2018
England berjaya membalas dendam kekalahan mereka di tangan Croatia pada separuh akhir Piala Dunia yang lalu.
Andrej Kramaric terlalu mudah menerima bola di dalam kotak penalti England. Beliau ada 8 sentuhan di dalam kotak penalti England sepanjang perlawanan ini dan hampir memenangi 1 penalti.
Kramaric meletakkan Croatia 1 gol di hadapan pada minit ke-57. Ianya satu gol yang sangat licik.
GOAL! Kramaric 57’ vs England #engcro pic.twitter.com/pwlO7iWiMQ
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) November 18, 2018
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan di dalam perlawanan ini.
Pada minit ke-78, Jese Lingard akhirnya menyamakan kedudukan untuk pasukan England. Ianya berpunca daripada lontaran panjang oleh Joe Gomez yang mencetuskan keadaan kucar-kacir di hadapan gol Croatia. Kane kemudian menerima bola di far post dan menolakkan ke dalam – bola itu dengan mudah disambar Lingard .
GOAL! Lingard 78' vs Croatia #engcro pic.twitter.com/Nv5nPr5sue
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) November 18, 2018
Lingard juga berjaya membantu mengeluarkan bola di atas garisan gol untuk mengelakkan pasukannya bolos kali kedua pada minit ke-81.
Harry Kane melengkapkan kebangkitan England dengan menambah 1 lagi gol pada minit ke-85 selepas menerima umpanan daripada Chilwell.
GOAL! Kane 85' vs Croatia pic.twitter.com/HyZVLhz2D1
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) November 18, 2018
England mengutip 7 mata selepas 4 perlawanan. Manakala Sepanyol di tangga ke-2 dengan 6 mata. Croatia berada di tangga ke-3 dengan hanya 4 mata.
#NationsLeague finals line-up:
🇵🇹 Portugal
🏴 England
🇫🇷 France or Netherlands 🇳🇱
🇧🇪 Belgium or Switzerland 🇨🇭 pic.twitter.com/T6LedFMOub— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) November 18, 2018
England meraikan kemenangan mereka dengan memainkan dengan kuat lagu Football’s Coming Home di Wembley. Mungkin ditujukan kepada Dejan Lovren agaknya.
*wins our #NationsLeague group*
My brain:
Don't play it
Don't play it
Don't play it
Don't play it
Don't play it
Don't play it
Don't play it
Don't play it
Don't play itMe: pic.twitter.com/8a6xXe31wJ
— England (@England) November 18, 2018