SCL2018: Klang Valley United Teruskan Episod Duka Gombak Hypernova FT

Klang Valley United

Klang Valley United meraih kemenangan kedua selepas menundukkan Gombak Hypernova FT 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Berbeza daripada dua perlawanan awal petang tadi, aksi yang dipertontonkan pada babak pertama oleh Klang Valley United dan Gombak Hypernova FT jelas lebih menarik untuk disaksikan.

Kedua-dua pasukan saling melakukan serangan dalam usaha memburu jaringan pendahuluan, namun gagal menjelmakan hasil yang diharapkan.

KVU terlepas peluang terbaik apabila percubaan dalam kawasan gol yang diledakkan Wan Khairil Azwa Jusoh sedikit tersasar ke kanan pintu gol Hypernova.

Ketangkasan Mitchell Gilbert pula menghampakan Gombak Hypernova selepas penyerang utama, Nik Mohd Syukri Nik Wil yang meluru pantas melepasi kawalan pertahanan melepaskan rembatan yang dihalang penjaga gol KVU itu pada minit ke-34.

Memasuki babak kedua, corak permainan lebih efisien dan menghiburkan penonton yang hadir setelah tiga jaringan berjaya dihasilkan.

Berpunca daripada tolakan Aus Danish dalam kawasan penalti, kemudian terus disudahkan dengan kemas oleh Hamizan Hamzah pada minit ke-37.

Gombak Hypernova FT yang gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam kempen musim ini kembali menyamakan kedudukan menerusi Nik Syukri.

Gol tersebut hadir hasil gerakan solo ke dalam kawasan penalti yang dimulakan Hairul Azmi Mukhsin bagi mencari Nik Syukri yang melepaskan sepakan rendah yang terbias mengenai pertahanan KVU lalu menerjah gawang pada minit ke-49.

Namun, kegembiraan tersebut hanya bertahan empat minit sahaja selepas Hasbullah Mohamed melepaskan satu sepakan ‘half volley’ yang padu untuk kembali meletakkan Klang Valley United di hadapan.

Kedudukan 2-1 kekal hingga tamat permainan untuk kemenangan kedua KVU bagi menamatkan saingan di tempat keenam kumpulan B selepas mencatatkan tujuh mata.

Gombak Hypernova FT pula di tangga terakhir dengan hanya mencatatkan satu mata.

Pemain terbaik perlawanan: Mitchell Gilbert (Klang Valley United)

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN