Pembantu Sarri, Marco Ianni Sangat Biadap, Tetapi Saya Sudah Memaafkannya, Kata Mourinho

Jose Mourinho menganggap masalah melibatkan Marco Ianni (pembantu Maurizio Sarri) sudah diselesaikan dan ianya dah berakhir.

Merujuk kepada insiden di mana beliau berang dan mahu menyerang Marco Ianni staf kejurulatihan Maurizio Sarri.

Marco Ianni meraikan gol minit ke-97 Rosss Barkley dengan meluru ke hadapan Mourinho.

Jose Mourinho yang awalnya tenang duduk di kerusinya telah bangkit dan terpaksa ditenangkan oleh pegawai lain.

Selepas tamat perlawanan, beliau berkata:

“Mereka sudah minta maaf dan segalanya sudah diselesaikan.”

Maurizio Sarri mengesahkan hal itu di dalam sidang media beliau. Dia kesal dengan insiden melibatkan pembantunya itu. Dan menganggap ia adalah satu salah laku yang tak sepatutnya.

Mourinho menambah lagi:

“Ayuhlah, saya nak beritahu yang ianya satu perlawanan 97 minit yang bagus. Itu yang kamu (wartawan) harus fokuskan.”

“Saya tak terganggu pun dengan insiden itu.”

Mourinho menyatakan insiden itu tiada kaitan dengan beliau. Yang mencetuskannya adalah pembantu Sarri.

“Insiden itu melibatkan pembantu Sarri, dan Sarri menjadi orang pertama datang kepada saya dan menyatakan dia akan cuba menyelesaikan hal itu.”

“Pembantu (Ianni) itu pun sudah datang bertemu saya dan meminta maaf dan saya kata kepadanya, lupakan sahaja.”

“Jika benar kamu rasa begitu (bersalah), saya terima maaf kamu dan saya tak akan ‘membunuh’ kamu hanya kerana 1 kesilapan.”

“Dia minta maaf dan saya terimanya.”

“Saya pun buat banyak kesilapan dalam karier. Dia memang sangat biadap tetapi Sarri berkata dia akan mengendalikan hal ini.”

Pundit Gary Neville merasakan Chelsea harus memecat segera pembantu Marco Ianni selepas insiden itu. Ianya sangat tidak profesional menurut Neville.

Sebagai informasi tambahan, Marco Ianni adalah staf kejurlatihan teknikal Sarri yang telah bersama beliau selama 2 tahun di Napoli. Beliau dibawa Sarri ke Chelsea dan menjadi penolong pembantu jurulatih.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN