Klopp Lega Liverpool Menang Walaupun Aksi Hambar, Anggap Huddersfield Berhak Dapat Sesuatu

Liverpool menang ke atas Huddersfield. Gol tunggal Mohamed Salah menjadi pemisah kedua-dua pasukan.

Pengurus Liverpool menganggap Huddersfield agak malang kerana tak dapat sesuatu daripada perlawanan ini. Ini selepas tuntutan penalti mereka dinafikan.

Kemudian percubaan Jonathan Hogg terkena tiang gol.

Pengurus Huddersfield yang merupakan bekas staf kejuralatihan Klopp ketika di Jerman, David Wagner tak faham kenapa pengadil tak memberikan penalti kepada mereka selepas bola terkena tangan Milner.

“Situasi handball itu sangat besar kesannya dan saya tak faham kenapa kami tak dapat penalti. Saya tak bercakap lagi dengan pengadil akan hal ini.”

“Ianya handball yang kelas. Bola bertukar arah kerana tangan (Milner) membuatkan Laurent Depoitre tak dapat menerima bola.”

“Secara mudahnya, itu adalah yang mengubah arah perlawanan ini.”

“Selain daripada itu saya akui mereka (Liverpool) pasukan yang di kelas tinggi, tetapi kami berjaya mengurangkan impak mereka.”

“Selain daripada 2 perlawanan pertama liga, kami telah bermain baik dan berjaya mengurangkan impak lawan kami dengan corak permainan kami yang agresif dan bertenaga.”

“Kami tak takut untuk bermain pertarungan pemain vs pemain dan menekan pasukan besar dengan ‘high press’.”

“Saya berpendapat, pemain kami sudah melakukan tugas dengan baik cuma gagal mendapatkan kemenangan.”

“Tetapi, inilah cabaran kami. Kami perlu memastikan aksi yang baik itu disudahi dengan keputusan yang baik.”

“Saya harap kamu (wartawan) tak bosan dengan sidang media selepas perlawanan saya kerana saya selalu cakap benda yang sama.”

“Saya percaya, kami perlu konsisten dan kemenangan itu pasti tiba.”

Jurgen Klopp setuju, walaupun Liverpool menang, pasukan lawan mereka berhak mendapat sesuatu daripada perlawanan ini dan beliau mendengar keluhan Wagner.

“Tepat sekali.”

“David Wagner terus meluru memberitahu saya selepas tamat perlawanan. Dia merasakan itu penalti. Saya akan tengok balik insiden itu.”

“Perlawanan tadi, Huddersfield bermain sangat baik. Dan kami pula tak beraksi baik. Jadi, saya gembira dengan 3 mata.”

“Saya kadangkala nampak kecewa di tepi padang walaupun kami sedang mendahului. Ini kerana aksi kami tidak 100%. Kami boleh mencipta 6 atau 7 gol jika kami lebih baik dalam aspek hantaran.”

“Kami melakukan banyak perkara yang bagus, tetapi apabila sampai ke hantaran akhir, itu yang tidak begitu bagus.”

“Saya tak mampu nak jelaskannya. Saya akan kaji semula perlawanan ini. Pemain-pemain kami tidak melakukan hantaran akhir yang baik.”

Klopp yakin Huddersfield akan mendapat keputusan lebih baik selepas ini. Mereka gagal menang sebarang perlawanan EPL buat masa ini. Klopp merasakan ia berlaku kerana jadual mereka yang sukar.

“Saya menonton banyak perlawanan Huddersfield. Dan mereka setakat ini sudah bertemu Liverpool, Chelsea, Manchester City, Tottenham, Leicester, Everton, itu jadual yang sukar untuk mereka.

Selepas Liverpool menang dalam aksi menentang Huddersfield, ia menyaksikan mereka naik ke tangga ke-2. Kekal tak terkalah. Mohamed Salah sudah menjaringkan 50 gol untuk pasukan di England.

Huddersfield masih gagal menjaringkan gol di tempat sendiri dalam EPL sejak April bersamaan dengan 7 perlawanan. Rekod terpanjang dipegang Man. City engan 8 perlawanan pada 2006/07.

Sementara itu Alisson telah melakukan 6 catatan clean sheet dalam 9 perlawanan EPL pertama beliau. Hanya Petr Cech melakukannya lebih banyak dalam musim debut dengan 7.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN