Penyokong Chelsea Tak ‘Respect’ Balik, Mourinho Tunjuk 3 Jari Sebagai Peringatan

Jose Mourinho semalam menunjukkan isyarat 3 jari ke arah penyokong Chelsea di Stamford Bridge sebaik sahaja tamat perlawanan.

Isyarat 3 jari ini seakan-akan dah sinonim dengan Mourinho. Beberapa bulan lalu beliau memberitahu isyarat 3, selain daripada jumlah jaringan Spurs ke atas Man. United, ia adalah kejuaran EPL beliau. Sedangkan 19 pengurus EPL lain ketika ini cuma ada 2 kejuaraan EPL.

Musim lalu, isyarat yang sama beliau tunjukkan ketika penyokong Chelsea menyorak beliau dengan lagu Judas. Dalam sidang media selepas itu beliau berkata: “Judas ini masih pengurus no.1 kamu (dalam sejarah).”

Beliau berkata, selagi-lagi tiada pengurus memberikan Chelsea lebih 3 kejuaraan EPL, selagi itu ‘Judas’ kekal no.1.

Semalam sekali lagi Mourinho memberikan peringatan bahawa beliau adalah orang yang memberikan Chelsea 3 kejuaraan EPL dan sepatutnya penyokong Chelsea lebih menghormati beliau.

Sebelum perlawanan Mourinho memberitahu beliau akan cuba mengawal dirinya jika pasukannya menang ataupun menjaringkan gol. Beliau tak akan meraikannya berlebihan.

Ini kerana beliau menganggap penyokong Chelsea sentiasa di belakang beliau ketika beliau menguruskan Chelsea. Pada masa yang sama, beliau menghormati Stamford Bridge sebagai stadium yang pernah menjadi tempat kerjanya.

Namun insiden panas berlaku pada penghujung perlawanan. Mourinho hampir bercakaran dengan pembantu Maurizio Sarri. Di dalam padang, para pemain juga tegang.

Mourinho kecewa dengan sikap biadap Marco Ianni yang meraikan gol di hadapannya.

Lebih memburukkan keadaan, beberapa penyokong Chelsea mengejek nama Mourinho. Lantas beliau memberikan isyarat 3 jari.

Mourinho kecewa kerana beliau sudah memberikan yang terbaik untuk menghormati Chelsea walaupun pasukannya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini.

Namun ada segelintir penyokong Chelsea yang tak membalas balik rasa hormat beliau itu dengan menyorak ‘f**k off Mourinho.

https://twitter.com/utdhq/status/1053641005977755649

“Saya tak dapat balik ‘respect’ daripada penyokong Chelsea. Namun itu bukannya tanggungjawab saya.”

“Saya ada tahap pendidikan yang tertentu dalam sukan dan sosial. Dan apa kelakuan yang saya tunjukkan di sini hari ini, itulah juga yang saya akan lakukan di Madrid, Porto dan Inter Milan.”

“Saya akan cuba menjaga kelakuan saya.”

“Tetapi reaksi penyokong itu terpulang kepada mereka.”

Mourinho menunjukkan isyarat 3 dan menuding jarinya ke bawah sebagai isyarat, 3 kejuaraan liga saya berikan kepada kamu (Chelsea) di sini.

https://twitter.com/YinXiang093/status/1053645001622663168

Beberapa penyokong Chelsea juga kecewa dengan segelintir penyokong yang tidak menghormati Mourinho sedangkan beliau sentiasa cuba menghormati Chelsea.

Panas betul insiden lewat di Stamford Bridge semalam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN