Tan Cheng Hoe Berpuas Hati Dengan Corak Permainan Harimau Malaya

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memuji persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya walaupun tewas 0-1 kepada Kyrgyzstan pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Hang Jebat semalam.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menyaksikan sendiri pemainnya melakukan serangan bertubi-tubi ke atas pasukan yang menduduki dalam kedudukan top 100 ranking dunia.

“Secara keseluruhan, kita menunjukkan persembahan yang baik dan ada peningkatan berbanding perlawanan terdahulu.

“Pada babak pertama, kita melakukan banyak serangan, (Mohamadou) Sumareh memiliki sekurang-kurangnya dua atau tiga peluang tetapi malang tidak dapat disempurnakan.

“Kyrgyzstan tidak ada banyak peluang tetapi apabila mereka memperoleh kesempatan, ia digunakan dengan baik.

“Apa pun, saya percaya kita masih boleh meningkat dan harap peluang yang diperoleh hari ini dapat diteruskan dan diterjemahkan dengan gol untuk aksi seterusnya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Kesebelasan utama skuad Harimau Malaysia ketika berdepan Kyrgyzstan semalam. FOTO: FAM

Dalam perlawanan itu, gol tunggal dijaringkan oleh pemain gantian, Bekzhan Sagynbaev pada minit ke-68 selepas bijak memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan negara yang menyangka bola berada dalam kedudukan offside.

Malaysia memperolehi 2 peluang terbaik untuk menjaringkan gol melalui Norshahrul Idlan Talaha tetapi rembatannya sekadar menyinggah palang.

Bercakap mengenai prestasi pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh, Cheng Hoe berpendapat Sumareh banyak membantu menjana serangan negara namun ketumpulan penyudah menjadi penghalang utama skuad itu untuk mencipta kemenangan.

“Memang jelas, terutama pada babak pertama, Sumareh menjana serangan dari sebelah kanan.

“Namun, dalam bola sepak perkara utama adalah menjaringkan gol,” jelasnya seperti dipetik dalam Stadium Astro.

Aksi Mohamadou Sumareh ketika berdepan Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat. FOTO: FAM

Selepas ini skuad Harimau Malaya akan menentang Maldives dalam satu lagi aksi persahabatan terakhir sebelum Cheng Hoe menamakan 23 pemain terbaik yang akan membawa cabaran negara di Kejohanan Piala AFF bulan depan.

Malaysia diundi berada dalam kumpulan B bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos. Manakala kumpulan A menempatkan pasukan pilihan, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, dan Timor Leste.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN