Mourinho Kini Berdepan Pendakwaan Daripada FA England

Persatuan Bolasepak England (FA) melakukan pendakwaan terhadap pengurus Manchester United, Jose Mourinho selepas pengendali dari Portugal itu membuat ulasan berunsur penghinaan selepas perlawanan Manchester United menentang Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Beliau didapati bersalah atas kesalahan mencarut dalam bahasa Portugis di hadapan kamera yang ditujukan kepada Scholes (pundit), namun dia boleh menangguhkan hukuman itu menjelang pertembungan United dan Chelsea minggu ini.

Insiden itu berlaku ketika Man. United melakukan kebangkitan menang 3-2 ke atas Newcaste United. Satu rakaman televisyen merakam aksi pengurus itu.

“Jose Mourinho didakwa kerana kenyataan yang dikeluarkan ketika perlawanan antara Manchester United menentang Newcastle pada 6 Oktober, 2018.

“Bahasa yang digunakan selepas perlawanan berakhir seperti yang disiarkan (televisyen), berbaur serangan dan/atau menghina dan/atau tidak wajar.

“Dia mempunyai tempoh sehingga pukul 6 petang, 19 Oktober untuk memberi respon terhadap pertuduhan,” kata jurucakap FA dalam satu kenyataan semalam.

Jaringan daripada Juan Mata, Anthony Martial dan Alexis Sanchez ketika itu telah memastikan United terlepas daripada berdepan kekalahan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Mourinho mungkin lepas geram selepas sepanjang minggu berhadapan pelbagai kritikan. Selepas tamat perlawanan beliau ada menyindir yang dia berhadapan dengan ‘pemburu’ dan juga dunia penuh kejahatan.

FA England mengetatkan isu kelakuan ini kerana EPL disaksikan di seluruh dunia dan semua lapisan masyarakat daripada peringkat umur.

Tetapi terdapat banyak perdebatan ke atas isu ini kerana ramai pemain yang mencarut di dalam padang terutama sekali ketika membantah keputusan pengadil.

A sebelum ini juga pernah menggunakan khidmat jurubahasa Portugis untuk menyiasat sama ada Mourinho ada menggunakan stereotaip berbentuk sexism dan feminism ketika insiden denan Eva Caneiro.

Buat masa ini, saingan liga berehat untuk minggu antarabangsa yang turut ada pertandingan Liga Negara-Negara Eropah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN