Semalam kita dikejutkan dengan pendedahan mengenai kelemahan penyelenggaraan dan kekurangan kemudahan di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman,
Berikutan pendedahan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Abu Bakar tampil membuat kenyataan berhubung beberapa perkara.
Susulan lawatan mengejut yang telah dilakukan oleh YB @SyedSaddiq ke Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, Gambang, Pahang pada hari Jumaat, 5 Oktober 2018.
Pertama sekali, saya amat berterima kasih di atas keperihatinan YB terhadap @nfdpmalaysia @KBSMalaysia @MSNMALAYSIA
— safirul (@SafirulAbuBakar) October 5, 2018
Melalui akaun Twitter peribadi miliknya Sariful memuji tindakan pro aktif Syed Saddiq, dan menekankan semua isu yang didedahkan oleh menteri tersebut sebenarnya menjurus kepada keperluan dana selepas AMD disiapkan.
Permulaan
Mendedahkan perkara sebenar, Safirul berkata AMD hanya diserahkan secara rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan pada penghujung Mac 2018.
Tarikh serahan tersebut adalah selepas beberapa penangguhan yang pada asalnya dijadualkan pada September 2017.
2. Sesungguhnya inisiatif2 yg diambil oleh YB @SyedSaddiq dlm tempoh seminggu dua ini banyak merungkaikan permasaalahan yg dihadapi oleh pengurusan nfdp yang semakin meruncing semenjak PRU14.
Kebanyakan isu sebenarnya menjurus kpd keperluan dana lebih2 lagi setelah AMD siap
— safirul (@SafirulAbuBakar) October 5, 2018
Dan selepas diserahkan, AMD menempatkan dua kakitangan sahaja yang terdiri daripada seorang pengurus, dan seorang pembantu tadbir.
Safirul menjelaskan hanya dua kakitangan ditempatkan, selepas mengambil kira faktor kewangan.
Tugas utama dua kakitangan tersebut ialah untuk menguruskan pelatih di asrama dan juga hal-hal berkaitan penyelenggaraan premis AMD.
4. Setelah serahan, maka baharulah staf pentadbiran AMD yg terdiri dp seorang pengurus dan pembantu tadbir diletakkan di pejabat pentadbiran. Tugas utama mereka ialah menguruskan pelatih di asrama & penyelenggaraan kompleks. Atas faktor kewangan, maka kita bermula dgn 2 pegawai
— safirul (@SafirulAbuBakar) October 5, 2018
Tanggungjawab siapa?
Safirul turut menggarikan lima watak utama di dalam isu ini.
Pertama ialah kontraktor utama projek, iaitu MMN Bina. Kedua ialah pengurus projek yang merupakan Jabatan Kerja Raya. Ketiga ialah ‘client’ atau pemilik projek iaitu Bahagian Pembangunan KBS.
5. Berikut adalah watak2 utama…
Kontraktor Utama – MMN Bina
JKR – Pengurus Projek
Bhg Pembangunan KBS – Client Projek
Bhg Harta MSN – Unit bertanggungjawab menyelenggara AMD
NFDP – Pengguna kompleks AMD
— safirul (@SafirulAbuBakar) October 5, 2018
Manakala watak keempat ialah unit yang bertanggungjawab menyelenggara AMD iaitu Bahagian Harta MSN. Watak kelima ialah NFDP sendiri sebagai pengguna kemudahan di AMD.
Perkara di atas perlu dijelaskan supaya semua pihak tahu setiap peranan dan tanggungjawab pihak terbabit sebelum menuding jari.
Proses NFDP
Safirul berkata sebagai permulaan hanya pelatih Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 sahaja yang dipindahkan ke kompleks AMD sejak April 2018 yang lalu.
6. Maka bermulalah proses pemindahan pelatih ke AMD pada awal April 2018. Kami bermula dgn gotong royong bersama ibubapa & mula tempatkan pelatih tingkatan 3 dan 4 terlebih dahulu. Tingkatan 1 & 2 masih kekal di asrama SSMP sehingga hari ini tapi berlatih di AMD.
— safirul (@SafirulAbuBakar) October 5, 2018
Manakala pelatih Tingkatan 1 & 2 kekal di Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP).
Proses pemindahan pelatih turut dibantu oleh ibu bapa yang tampil membantu dengan aktiviti gotong-royong.
Pada masa yang sama, staff pentadbiran yang dilantik tadi mulai menyenaraikan semua kerosakan untuk perhatian pihak berkenaan.
7. Dlm masa yg sama, staf pentadbiran mula menyenaraikan kerosakan untuk perhatian jkuasa ‘defect rectification’ setiap hari.
Sbrg kerosakan dlm tempoh 2 thn bermula April 2018 DITANGGUNG OLEH KONTRAKTOR UTAMA.
Proses kenalpasti kerosakan berterusan setiap hari
— safirul (@SafirulAbuBakar) October 5, 2018
Safirul turut berkata setiap kerosakan yang berlaku dalam tempoh dua tahun bermula April 2018 ditanggung oleh kontraktor utama.
Beliau turut mengesahkan tender untuk mendapatkan peralatan gimnasium turut telah dilakukan. Namun Sariful mendedahkan masalah kewangan KBS, MSN dan ISN menyebabkan kelewatan proses tender dilakukan sekaligus turut mempengaruhi aspek pentadbiran AMD yang lain.
8. Dalam masa yg sama tender peralatan jimnasium, sains sukan, fisioterapi sedang dijalankan.
Cuma sedikit malang, atas beberapa faktor yg berkait rapat dgn krisis kewangan KBS, MSN dan ISN menyebabkan kelewatan proses tender serta kepayahan mentadbir AMD dlm hal2 lain ??
— safirul (@SafirulAbuBakar) October 5, 2018
Safirul berkata di sebalik segala kekurangan, NFDP dengan bantuan ibu bapa tetap melakukan sebaik mungkin untuk meneruskan operasi harian mereka.
Mengenai keadaan padang yang digenangi air, Safirul menjelaskan hanya satu padang rumput tiruan sahaja digenangi air apabila hujan.
9. Sebagai end user NFDP hanya mampu menyuarakan keperluan2 yang semakin meruncing di AMD utk tindakan pihak2 berwajib.
Kami cuba sedaya upaya dengan segala kekurangan itu. Dgn harapan keadaan akan bertambah baik
Ibubapa byk membantu kerana mereka amat faham. Terima kasih
— safirul (@SafirulAbuBakar) October 5, 2018
Beliau turut mengesahkan lain-lain padang berada di dalam keadaan sangat baik.
Mengenai keselesaan di asrama, pemakanan, logistik, dan perkara-perkara berbangkit seperti kemudahan internet dan wifi, komputer riba dan sebagainya, Safirul mengakui perkara itu sukar untuk diselesaikan oleh NFDP.
11. Cuma masalah2 keselesaan di asrama, pemakanan, lojistik dsbgnya amat payah untuk kami selesaikan kerana ianya memerlukan intervensi pengurusan peringkat atas.
Kami x terlalu bimbang ttg kerosakan kerana masih dalam tempoh defect (2 tahun)…TAPI kontraktor perlu PANTAS
— safirul (@SafirulAbuBakar) October 5, 2018
Ini adalah kerana perkara itu memerlukan campur tangan pihak atasan untuk membekal setiap keperluan. Namun beliau mengakui kontraktor perlu bertindak lebih pantas dalam melakukan kerja penyelenggaraan.