O’Neill Bengang Wartawan Sky Sports Laporkan Declan Rice Pilih England

Sky Spors melaporkan pemain West Ham United, Declan Rice telah menolak panggilan daripada pengurus Ireland, Martin O’Neill kerana mahu bermain untuk England.

Pemain tengah 19 tahun itu cemerlang dalam aksi awal musim ini bersama West Ham dengan peranan baru di tengah defensif.

Rice lahir di Ireland. Beliau boleh bermain untuk Ireland dan England. Beliau pernah dipanggil oleh O’Neil pada Mei 2017. Namun debut beliau adalah pada Mac 2018.

Rice bermain 3 kali untuk Ireland. Namun kesemuanya untuk perlawanan persahabatan. Rice dikatakan agak kecewa apabila tak dipanggil pada tugasan antarabangsa September lalu.

Dan pemain itu menerima panggilan dari Ireland untuk kali ini. Namun beliau dikatakan menolaknya kerana dalam proses untuk menukar status kepada pemain antarabangsa England.

Sebaik sahaja tamat sidang media, O’Neill bersemuka dengan wartawan Sky Sports yang dituduhnya melaporkan berita kurang tepat.

O’Neill berkata, dia sudah menghubungi Rice dan keluarganya. Pemain itu masih belum memutuskan untuk bermain untuk England seperti yang dilaporkan Sky Sports.

Beliau memberitahu, Rice perlukan sedikit masa lagi untuk memikirkannya. Beliau berkata:

“Gareth Maher (pengurus komunikasi FAI) memberitahu saya informasi daripada Sky Sports tak tepat dan mereka (Sky Sports) akan memperbetulkannya.”

O’Neill bersemuka dengan wartawan Sky Sports, Guy Havord dan berkata:

O’Neill: “Anak muda, anda berhubung dengan kumpulan anda, dan anda harus tahu akan hal itu.”

Guy Havord: “Saya tak tahu apa-apa tentang perkara itu”

O’Neill: “Kamu tak tahu? Kamu tak tahu apa-apa tentang ini? Oh, hebatnya. Kamu sedang bermain wayang.”

Guy Havord: “Saya menerima e-mail pada 11.47 pagi. Ianya 15 minit selepas kamu tamat sidang media.”

O’Neill: “Apa ditulis di situ?”

Guy Havord: “Dinyatakan yang kertas kerja sedang disiapkan.”

O’Neill: “Dari mana berita itu? Daripada FA (England)?”

Guy Havord: “Saya tak tahu ianya dari mana. Laporan daripada Rob Dorsett.”

O’Neill: “Kamu hanya akan faham sehinggalah kamu tahu cerita sebenar. Saya tak boleh komen sangat akan hal ini. Apa yang saya boleh katakan ada dinyatakan di sana.”

“Kamu ada menghubungi Rice dan keluarganya hari ini?”

O’Neill kelihatan bengang dan meminta agar Guy Havord menyemak fakta sebelum melaporkannya.

Saksikan video konfrontasi mereka di sini:

Sebagai tambahan, pengurus West Ham United, Manuel Pellegrini berharap pemain muda itu menggunakan waktu yang ada untuk berfikir masak-masak, negara mana beliau mahu wakili.

Leave a Reply