James Rodriguez Sekolahkan Kovac, ‘Ini Bukan Frankfurt’

Bayern Munich dilaporkan sekali lagi berhadapan dengan pemain besar kepala dan tidak menghormati pengurus.

Musim lalu, isu yang sama berlaku yang menyebabkan Anceloti dipecat. Laporan Bild menyatakan, James Rodriguez bengang dengan taktikal Kovac.

James Rodriguez bengang dengan jurulatihnya selepas keputusan seri 1-1 menentang Ajax dan menengking jurulatihnya dengan berkata:

“Kita bukannya berada di Frankfurt.”

James menyindir Kovac yang sebelum ini menguruskan kelab kecil Eintracht Frankfurt. James diletakkan di bangku simpanan dalam perlawanan tersebut. Beliau dimasukkan pada 30 minit terakhir.

James bengang dengan sistem penggiliran Kovac selepas musim lalu menjadi pemain utama dalam pasukan. James juga meninggalkan stadium tanpa pengetahuan rakannya.

Musim ini, James Rodriguez banyak direhatkan untuk memberikan laluan kepada Thomas Muller walaupun Muller tidak beraksi konsisten.

James Rodriguez masih belum beraksi sepenuh masa pada musim ini. Beliau beraksi 87 minit menentang Schalke dan menjaringkan gol dalam perlawanan itu.

Beliau bermain 72 minit dalam kekalahan 0-2 Bayern di tangan Hertha Berlin.

Isu kuasa pemain vs pengurus berulang?

Bild juga melaporkan bukan sahaja James yang tak puas hati dengan Kovac. Tetapi ada lagi beberapa pemain lain termasuk Sandro Wagner, Leon Goretzka, dan Serge Gnabry.

Sule yang sebelum ini dilaporkan tak berpuas hati juga dengan Kovac telah diberikan lebih banyak masa dan kerap digilirkan bersama Hummels dan Boateng.

Kovac boleh dikatakan sudah melakukan yang beliau termampu untuk menggilirkan pemain. Hanya Neuer dan Kimmich sahaja pemain yang beraksi penuh 900 minit setakat ini.

Gnabry tidak berpuas hati kerana pemain seperti Renato Sanches bermain lebih banyak minit daripada beliau.

Niko Kovac menyatakan, pentingnya penggiluran skuad untuk memastikan kecergasan pasukan terjaga.

Namun sistem penggiliran Kovac ini kadangkala dikritik peminat juga. Misalnya tempoh hari, Niklas Sule direhatkan selepas beraksi cemerlang menentang Leverkusen.

Selain daripada tentangan beberapa pemain, Kovac juga berhadapan dengan ketidakpuasan hati beberapa staf kejurulatihan.

Ada jurulatih yang tak berpuas hati dengan corak pengurusan latihan taktikal Kovac. Pemain kini terpaksa kembali dengan taktikal berasaskan formasi ala Ancelotti dengan 4-3-3.

Mereka meminta Kovac mengekalkan sistem 4-1-4-1 yang diimplementasi oleh Jupp Heynckess. Kovac pernah memberitahu beliau cuba membentuk sistem gegenpresing berasaskan 4-3-3.

Seterusnya ada ramai pemain tidak dapat berkomunikasi lebih rapat dengan Kovac. Ini kerana jurulatih itu kurang fasih berbahasa Jerman.

Beliau lebih banyak bercakap bahasa Croatia dengan adiknya yang merupakan pembantunya, Robert Kovac, seterusnya dengan Pengarah Sukan, Hasan Salihamidzic, dan jurulatih penjaga gol, Toni Tapalovic.

Ada sesetengah pemain tidak selesa dengan keadaan itu. Ini kerana di Bayern Munich ada dasar di mana, para pemain dan staf perlu belajar Bahasa Jerman.

Laman sosial mereka kerap menunjukkan pemain seperti Javi Martinez dan Corentin Tolisso menujukkan kemajuan mereka dalam berbahasa Jerman.

Pemain seperti Kingsley Coman sudah mampu bercakap dengan wartawan dalam Bahasa Jerman.

Niko Kovac sudah memberitahu yang beliau dan James Rodriguez baik-baik sahaja. Beliau juga faham akan kekecewaan beebrapa pemain yang kurang minit perlawanan.

Kovac berkata:

“Kami ada ramai pemain antarabangsa. Memang akan selalu berlaku ada pemain akan bermain dan yang satu lagi tak bermain.”

“James pemain yang ada kualiti luar biasa. Beliau sangat penting untuk kelab dan sudah beberapa kali membuktikan kehebatannya.”

“Namun realitinya, saya tak boleh turunkan 12 pemain dalam padang. Dan dia akan bermain banyak perlawanan seperti yang lain.”

“Sudah tentu ada pemain kecewa kerana tak bermain dan kami semua kecewa dengan beberapa keputusan baru-baru ini. Walaubagaimanapun, kami ada kesatuan yang kuat dalam pasukan. Suasana di sini sangat positif.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN