Pemain pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Dani Alves percaya kritikan yang dilemparkan terhadap rakan sepasukannya, Neymar akan menjadikan beliau seorang pemain yang lebih baik dan matang.
Neymar dikritik hebat ketika saingan Piala Dunia 2018 dan Alves melihat apa yang dihadapi pemain lincah Brazil dan PSG itu akan mendapatkan pengajaran dari layanan yang diberikan.
Dalam aksi yang berlangsung di Rusia tempoh hari, Brazil tersingkir di peringkat suku akhir selepas ditunjukkan jalan keluar oleh Belgium.
”Dalam kehidupan, kadangkala perkara yang terjadi akan membuatkan anda matang dan menyedarkan bahawa anda perlu memperbaiki diri sebagai seorang profesional.”
”Saya banyak kali bercakap dengan Neymar. Saya merasakan dia telah mendapat pengalaman dan serangan-serangan kecil yang diterimanya ketika Piala Dunia akan membuatkannya menjadi lebih matang, perubahan tingkah laku.”
”Anda meninggalkan sikap kebudak-budakan ke tepi dan menjadi sebagai seorang lelaki, dan apabila anda mula menjadi lelaki, keputusan dan sikap anda akan menjadi lebih berat.”
”Dan saya memberitahu kepada dia (Neymar) jika memberitahu anda mengenai perkara yang sama (kritikan) dan tidak hanya seorang dua sahaja, ia adalah suatu yang salah.”
”Kita semua mempunyai kelemahan tetapi tidak semestinya kita akan kekal dengan satu-satu kelemahan itu. Dalam kehidupan ini, kita mesti mencuba untuk berkembang kerana kita semua adalah bijak.”