Quantcast

BERITA

Pep Guardiola Dedah Klausa Perlepasan Kevin De Bruyne Bernilai £223 Juta

Pengurus Manchester City, Josep ‘Pep’ Guardiola menegaskan bahawa pemain tengah berpengaruh, Kevin De Bruyne bukan untuk dijual ke mana-mana pasukan.

Beliau juga turut mendedahkan bahawa pemain antarabangsa Belgium itu mempunyai klausa perlepasan yang bernilai £223 juta.

Keadaan yang cukup jelas memberikan bayangan Guardiola mahu De Bruyne kekal bersama The Cityzens dalam tempoh yang lama.

”Dia (Kevin De Bruyne) sangat bagus. Dia juga merupakan seorang pemain yang begitu dinamik.”

LONDON, ENGLAND – AUGUST 12: Kevin De Bruyne of Manchester City and Matteo Guendouzi of Arsenal battle for the ball during the Premier League match between Arsenal FC and Manchester City at Emirates Stadium on August 12, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

”Marcelo Bielsa (pengurus Leeds United) memberitahu saya bahawa dia adalah pemain kegemarannya. Dia melakukan segalanya.”

”Dia merupakan seorang yang menakjubkan. Klausa perlepasannya adalah €250 juta (£223 juta). Saya minta maaf, dia bukan untuk dijual.”

Kevin De Bruyne yang merupakan sandaran utama di sebalik kejayaan Manchester City dalam saingan liga musim lalu telah melanjutkan kontraknya selama enam tahun pada bulan Januari lepas.

Pemain berusia 27 tahun itu bagaimanapun dirundung malang apabila terpaksa direhatkan sehingga bulan November selepas kecederaan lutut (Lateral Collateral Ligament) pada perlawanan pembukaan EPL ketika menang 2-0 bertemu Arsenal.

 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!