Saingan pusingan kedua Carabao Cup atau nama asalnya EFL Cup menyaksikan pasukan-pasukan Premier League menunjukkan taring masing-masing untuk mara ke pusingan seterusnya.
Dipetik dari laman Sky Sports, saingan pusingan awal ini jelas merupakan medan untuk pasukan bermasalah di Premier League mencari rentak mereka selepas rapuh di saingan liga.
Sebagai contoh, West Ham United berjaya bangkit dari ketinggalan 1 gol ketika menentang Wimbledon untuk mara dengan jaringan 1-3.
Issa Diop, Angelo Ogbonna dan Javier Hernandez berjaya membantu pasukan Premier League itu bangkit untuk menewaskan pasukan dari liga bawahan itu untuk mara ke pusingan ketiga.
Namun apa yang mengejutkan adalah kekalahan Cardiff City di tangan pasukan EFL Championship – Norwich City.
Kekalahan memalukan itu terjadi di laman mereka sendiri apabila mereka memboloskan 3 gol hasil dari 2 jaringan Dennis Srbeny dan juga Max Aarons.
Selain dari Cardiff City, Huddersfield Town juga menjadi mangsa apabila mereka tumbang 2-0 ke atas Stoke City di tempat lawan.
Sementara bagi pasukan-pasukan Premier League yang lain, mereka berjaya memperoleh kemenangan mereka ke atas lawan masing-masing.
Berikut merupakan beberapa keputusan pusingan kedua Carabao Cup melibatkan pasukan dari Premier League:
- Leicester City 4-0 Fleetwood Town
- Sheffield Wednesday 0-2 Wolverhampton Wanderers
- Stoke City 2-0 Huddersfield Town
- Swansea City 0-1 Crystal Palace
- Bournemouth 3-0 MK Dons
- Brighthon & Hove Albion 0-1 Southampton
- Fulham 2-0 Exeter City