Quantcast

ADVERTORIAL KAJIAN & FAKTA

Mengapa Majoriti Pasukan Liga Malaysia Lebih Suka Sewa Stadium?

Jika anda menceritakan sejarah bola sepak Malaysia yang bermula sejak era 1920-an dan jumlah wang yang dilaburkan untuk mengurus pasukan dalam Liga Super kepada peminat bola sepak dari England, Jerman atau Jepun, mereka mungkin tak percaya apabila anda memberitahu mereka satu fakta ini:

Daripada 22 pasukan yang bertanding dalam 2 liga teratas di Malaysia, hanya 2 pasukan sahaja yang mempunyai stadium milik sendiri.

Kita tahu siapa 2 pasukan tersebut (Felda United dan JDT). Dan bila bercakap tentang pemilikan stadium, kita bercakap mengenai syarikat sendirian berhad pasukan yang memang betul-betul memiliki stadium sendiri. Bukan stadium milik kerajaan negeri yang kemudiannya disewa oleh pasukan.

Stadium Tun Abdul Razak, Jengka kepunyaan Felda United. Foto: Felda United FC

Persoalannya sekarang; mengapa di sebalik jutaan ringgit yang melimpah dalam bola sepak Malaysia selama berdekad-dekad, pasukan kita masih gigih menyewa stadium?

Sesetengah orang cakap puncanya adalah tiada keperluan bagi pasukan membuat stadium sendiri jika boleh menyewa. Dengan hanya menyewa, pasukan tidak perlu membuat pinjaman bank berjuta-juta ringgit untuk membina stadium sendiri. Sewa sahaja senang. Bayar duit sewa sahaja!

Sesetengah orang pula cakap puncanya adalah pasukan tidak mahu berhadapan dengan kerumitan hal-ehwal menyelenggara stadium. Kos penyelenggaraan juga tak perlu ditanggung oleh pasukan. Itu semua biar kerajaan negeri yang pening!

Apabila kita bercakap dalam skala jangka masa pendek, sebab-sebab ini mungkin nampak kukuh. Tetapi apabila kita bercakap dalam skala jangka masa panjang, ianya tidak. Contohnya dapat dilihat kebelakangan ini apabila Selangor FA dipaksa menyewa Stadium KLFA di Cheras apabila bergaduh dengan kerajaan negeri Selangor.

Kegagalan persatuan bola sepak negeri kita untuk berfikir dengan bijak dalam jangka masa panjang menyebabkan senario bola sepak kita sentiasa tak stabil dan berubah-ubah saban tahun. Sekejap main di Stadium Shah Alam. Sekejap di Stadium Selayang. Sekejap di Stadium KLFA Cheras. Di mata penaja, ketidakstabilan ini adalah sesuatu yang tidak bagus dan boleh menjadi faktor utama mereka tidak mahu menaja.

Jangankan persatuan bola sepak negeri. Skop kehidupan peribadi kita sendiri juga berhadapan dengan dilema yang sama – terutamanya dalam hal rumah. Ramai di antara kita yang masih memikirkan pelan jangka masa pendek daripada faedah jangka masa panjang ketika membuat keputusan sama ada mahu menyewa atau membeli rumah.

Menurut laporan yang kami terima dari portal hartanah terkenal, Hartabumi, kurang dari 40% hartanah di Malaysia dimiliki Bumiputera – itupun selepas dikira pemilikan syarikat!

Menurut Hartabumi, mereka percaya punca tidak banyak orang Bumiputera memiliki hartanah sendiri adalah kerana tidak mendapat ilmu betul serta kurang pendedahan. Apabila tiada ilmu, maka mudahlah mereka percaya kepada perkara-perkara yang mereka ingat fakta, tetapi sebenarnya adalah mitos. Ini menyebabkan mereka ‘takut’ untuk membeli rumah.

Berikut adalah 7 mitos pemilikan hartanah yang paling popular:

1. Deposit
Mitos: Anda wajib sediakan 10% deposit daripada harga rumah.
Realiti: Kini anda boleh bayar serendah RM1,000 sahaja untuk booking fee dan terima pelbagai rebate dari pemaju.

2. Ubahsuai Rumah
Mitos: Rumah sewa boleh diubahsuai asalkan tidak berskala besar.
Realiti: Anda hanya boleh membuat ubahsuai untuk rumah sendiri sahaja dan purata rakyat Malaysia berbelanja RM8,000 untuk renovasi rumah setiap tahun.

3. Fleksibiliti
Mitos: Beli rumah adalah lebih risiko berbanding menyewa.
Realiti: Menyewa lebih berisiko kerana anda boleh ditendang keluar oleh pemilik rumah.

4. Cukai
Mitos: Cukai tanah rumah landed lebih mahal berbanding rumah high rise.
Realiti: Cukai tanah rumah landed adalah jauh lebih murah iaitu RM0.35/kps berbanding high rise iaitu RM1.50/kps

5. Jumlah Tetap
Mitos: Bayaran bulanan rumah sewa adalah tetap berbanding beli rumah.
Realiti: Penyewa berdepan risiko kenaikan harga sewa setiap tahun oleh pemilik rumah.

6. Kestabilan
Mitos: Menyewa lebih selesa berbanding membeli rumah.
Realiti: Kebanyakan pemilik rumah menetapkan peraturan yang kadangkala membataskan privasi penyewa berbanding memiliki rumah sendiri.

7. Penyelenggaraan
Mitos: Kos selenggara beli rumah adalah sangat tinggi.
Realiti: Pemilik rumah hanya perlu sediakan 1%-2% bajet dari jumlah pembelian rumah untuk kos penyelenggaraan.

Tiada salahnya menyewa rumah. Lebih-lebih lagi jika anda masih berada di peringkat awal kerjaya anda. Tetapi apabila kerjaya anda sudah maju dan gaji semakin meningkat, adalah kurang bijak jika anda tidak berfikir untuk membeli rumah sendiri.

Sebagai langkah permulaan sebelum membeli rumah sendiri, Hartabumi adalah tempat terbaik untuk anda mendapatkan ilmu-ilmu asas hartanah. Di situ juga anda boleh mencari hartanah yang sesuai (bermula daripada RM199,999 hingga melebihi RM800,000) dengan kelayakan gaji anda.

Bagaimana untuk mengetahui projek hartanah manakah yang sesuai dengan gaji anda? Anda memerlukan sebuah laporan yang dinamakan laporan Debt Service Ratio (DSR). Laporan inilah yang digunakan oleh bank untuk memeriksa kelayakan permohonan pinjaman rumah anda.

Untuk mendapatkan laporan DSR anda dalam masa 60 saat, sila ke Expo Klik Hartabumi sekarang!

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!