Gianluigi Buffon: Saya Lebih Baik Berbanding Lima Tahun Yang Lalu

Buffon

Walaupun sudah menikmati kemuncak prestasi dalam karier beliau, penjaga gol veteran Paris Saint-Germain (PSG), Gianluigi Buffon menyifatkan prestasinya hanya meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Buffon yang sekian lama menabur bakti buat Juventus memilih untuk ke Paris bagi menikmati fasa baharu dalam karier bola sepak beliau.

Penjaga gol legenda itu telah memenangi sembilan kejuaraan Serie A bersama kelab Turin tersebut.

”Jika anda bertanya kepada saya ‘pada usia 35 tahun, adakah anda merasakan perbezaan seperti hari ini?’ saya akan berkata, ‘Saya rasa saya lebih baik’.”

”Kemudian anda akan berkata, ‘Mustahil’. Saya juga begitu. Kadangkala apabila saya pulang ke rumah, itulah yang saya katakan kepada diri saya: ‘Ia tidak mungkin’.”

”Namun, dalam diri saya, saya merasakan lebih baik berbanding lima, enam atau tujuh tahun yang lalu.”

”Saya tidak boleh mengatakan sebabnya. Mungkin kerana saya telah mengubah pendekatan saya.”

Selepas menyertai PSG pada awal musim ini, Buffon telah diberikan peluang oleh Thomas Tuchel bagi beraksi pada tiga perlawanan terawal.

Ia adalah pada perlawanan pembuka tirai Trophée des Champions menentang AS Monaco serta dua perlawanan Ligue 1 bertemu Stade Malherbe Caen dan En Avant de Guingamp yang menyaksikan beliau hanya dibolosi satu gol daripada tiga perlawanan yang dihadapinya.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN