Hugo Lloris Puji Aksi Tottenham Hotspur Selepas Permulaan Yang Baik Dalam Saingan EPL

Lloris

Ketua pasukan yang juga merupakan penjaga gol utama Tottenham Hotspur, Hugo Lloris memuji aksi rakan sepasukannya dalam saingan awal Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad bimbingan Mauricio Pochettino masih lagi segar selepas berjaya ‘memalukan’ Manchester United 3-0 di Old Trafford pada awal pagi semalam menerusi jaringan Harry Kane dan dua gol Lucas Moura.

Kejayaan tersebut menyaksikan Tottenham mencatatkan rekod kemenangan bersih buat Spurs dalam aksi liga selepas mengharungi tiga perlawanan.

Kemenangan bertemu United itu pasti akan diraikan Lloris selepas kesilapan yang dilakukannya pada Jumaat lalu akibat memandu dalam keadaan mabuk yang memaksa beliau dihadapkan ke Mahkamah Majistret Westminster pada 11 September nanti.

”Ia merupakan minggu yang sukar terutamanya kerana kesilapan yang saya telah lakukan tetapi saya merasakan pasukan ini kekal kuat.”

”Kami membuktikannya sekali lagi keutuhan dalam pasukan Tottenham dan kami melakukan dengan hebat, permainan yang hebat menentang Man Utd.”

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 27: Lucas Moura of Tottenham Hotspur celebrates after scoring his team’s second goal during the Premier League match between Manchester United and Tottenham Hotspur at Old Trafford on August 27, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

”Ia sentiasa merupakan cabaran yang besar apabila bertandang ke Old Trafford untuk menentang Manchester United dan kali ini kami memperolehi keputusan yang kami mahukan.”

”Ini merupakan detik yang hebat untuk dikongsikan bersama peminat selepas perlawanan, berterima kasih kepada mereka di atas sokongan diberikan.”

”Kami mempunyai ramai pemain berbakat, pasukan yang muda dan pengurus yang cemerlang, salah seorang yang terbaik di dunia, bersama kakitangannya.”

”Terdapat segalanya disini untuk menikmati bola sepak dan itu adalah apa yang kami cuba lakukan pada musim ini. Kami akan mencuba untuk meningkatkan lagi bersama.”

”Kami tahu Liga Perdana Inggeris merupakan cabaran besar kerana terdapat banyak pasukan yang begitu hebat.”

”Ia sangat menarik untuk berhadapan pasukan-pasukan tersebut dan (bertemu United pada Isnin lalu), kami mempunyai jawapan yang hebat sebagai satu pasukan.”

Sebelum ini pada dua perlawanan terdahulu, mereka berjaya menundukkan Newcastle United 2-1 di St James’ Park manakala menewaskan Fulham 3-1 di Wembley.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN