Sistem Video Assistant Referee (VAR) merupakan sistem yang masih lagi baharu dalam bola sepak.
Penyokong bola sepak didedahkan dengan begitu mendalam mengenai bagaimana sistem tersebut digunakan dalam ketika kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.
Namun begitu, proses pelaksanaan sistem tersebut hanya dilihat menerusi isyarat sahaja di kaca televisyen.
Menerusi satu rakaman yang disiarakan di saluran NBC Sports Network, mereka telah mendedahkan bagaimanakah komunikasi pengadil dan pengadil VAR ketika perlawanan berlangsung.
Dalam aksi perlawanan akhir FA Cup yang berlangsung antara Chelsea dan Manchester United, rakaman tersebut menyiarkan perbualan antara pengadil Michael Oliver ketika insiden penalti melibatkan Eden Hazard dan Phil Jones.
Sebaik sahaja Hazard dijatuhkan, Oliver tanpa sebarang keraguan memberikan sepakan penalti dan juga kad kuning kepada Jones.
Hal ini kerana, Jones telah melakukan kesalahan yang dikenali sebagai DOGSO oleh para pengadil.
Ianya singkatan kepada Denying an Obvious Goal-Scoring Oppurtunity atau menafikan peluang menjaringkan gol yang ketara.
Malah sebelum Hazard tiba di kotak penalti Manchester United, Oliver sudah pun diingatkan yang situasi DOGSO itu berpotensi untuk berlaku.
Keputusan tepat Oliver itu kemudiannya disokong oleh pengadil VAR, Neil Swarbrick yang telah menyemak semula insiden tersebut.
Dalam rakaman ini juga, anda boleh saksikan yang Oliver menjelaskan beliau tidak dapat mengesan pemain mana yang memegang bola dengan tangan ketika di zon Chelsea.
Ianya berlaku di awal rakaman dengan ketika Victor Moses dan Marcus Rashford sedang berebut bola.
Saksikan rakaman di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara sistem VAR ini dilakukan.
https://twitter.com/paracelsus/status/1033775569341702145?s=21