TMJ: “Penyokong Lebih Banyak Beri Alasan Tetapi Kurang Komitmen”

Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyifatkan sebuah kelab yang berjaya memerlukan sokongan penyokong yang kuat.

Dalam sesi bual santai bersama penyokong kelab tersebut, TMJ mengatakan kelab-kelab utama seperti Juventus dan juga Bayern Munich berjaya kerana mereka mempunyai sokongan penyokong yang kuat.

Pada masa yang sama, TMJ mahukan penyokong JDT memberikan lebih banyak sumbangan kepada kelab menerusi Yayasan JDT.

Menurut baginda, penyokong pasukan bola sepak hanya banyak memberikan alasan berbanding komitmen kepada kelab.

Ianya bukan sahaja berlaku di pasukan seperti JDT, tetapi turut berlaku kepada pasukan-pasukan lain di rantau Asia Tenggara.

“Kita berada dalam situasi yang di mana komuniti penyokong belum boleh menerima fakta yang mereka boleh memberi sumbangan kepada kelab.”

“Mereka cuma memberi lebih banyak alasan berbanding komitmen kepada pasukan.”

“Ianya bukan sahaja berlaku kepada JDT tetapi kepada banyak pasukan di rantau ini. Jika sayangkan kelab ini, berilah sumbangan.”

TMJ turut mengatakan yang seandainya 10 ribu penyokong memberikan RM100 setiap tahun menerusi Yayasan JDT, ianya akan memberi banyak manfaat kepada pasukan.

Malah TMJ juga mahukan penyokong yang berdaftar dengan Yayasan JDT mempunyai 20% pegangan saham dalam kelab.

Ianya memberi manfaat kepada penyokong untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai perancangan kelab.

“Apabila JDT tersenarai di bursa saham, penyokong akan mempunyai pegangan mereka sendiri dan boleh hadir ke mesyuarat untuk mengetahui perancangan kelab.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN