Jika Antonio Conte Kekal, David Luiz Nekad Tinggalkan Chelsea

David Luiz adalah pemain terbaru yang tampil mengkritik bekas pengurus Chelsea, Antonio Conte.

Beliau meluahkan rasa itu sebelum perlawanan di antara Chelsea dan Newcastle.

Sebelum ini, Willian terbuka menyatakan beliau tidak mahu bermain untuk Chelsea lagi jika Antonio Conte kekal.

Willian juga menggambarkan pemain seperti Hazard tidak gembira dengan corak taktikal Conte yang menyekat kebebasan beliau di dalam padang.

Ianya berbeza dengan taktikal Conte di mana Hazard diberikan galakan untuk bermain dengan peranan bebas di dalam padang.

David Luiz meluahkan detik sukar beliau ketika di bawah Conte. Meskipun pada musim 2016/17, Luiz menjadi pemain penting Conte dalam membantu kelab menjuarai EPL.

Namun pada musim lalu, kedua-dua mereka tidak sehaluan dan Luiz ‘dibekukan’ oleh Conte di bangku simpanan. Beliau hanya disenaraikan 10 kali dalam kesebelasan utama musim lalu.

Beliau merasakan masa beliau di Chelsea sudah tamat. Namun kehadiran Maurizio Sarri dianggap Luiz sebagai penyelamat karier beliau di Chelsea.

“Jika pengurus (Conte) kekal, sudah pastinya semua orang tahu yang saya akan pindah ke kelab lain.”

“Namun sekarang ini, saya di sini, dan saya gembira.”

Luiz kagum dengan Maurizio Sarri yang banyak mengajar beliau filosofi taktikal.

LONDON, ENGLAND – AUGUST 05: Maurizio Sarri, Head Coach of Chelsea (r) reacts alongside Josep Guardiola, Manager of Manchester City during the FA Community Shield between Manchester City and Chelsea at Wembley Stadium on August 5, 2018 in London, England. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

“Setiap jurulatih yang baru tiba akan membawa bahan baharu untuk dipelajari dan membantu kita meningaktkan diri kita.”

“Sarri sudah membantu dan mengajar saya banyak perkara yang saya tak pernah tengok sebelum ini.”

“Saya rasa gembira untuk mendalami ilmu bola sepak yang tiada sempadan. Saya sentiasa belajar daripada jurulatih saya sejak hari pertama saya menjadi pemain bola sepak.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN