Borussia Dortmund Umum Pulangan Terbesar Dalam Sejarah Kelab, €536 Juta

Bola sepak dan perniagaan adalah 2 perkara yang sangat berkait. Jadi, pulangan dan keuntungan kelab sangat penting untuk memastikan kelab terus beroperasi dan diperbesar lagi.

Laporan kewangan Borussia Dortmund musim 2017/18 menyatakan yang kelab tersebut merekodkan pulangan pendapatan sebelum cukai bernilai €536 juta.

Ianya keuntungan sebanyak €29 juta daripada kos operasi dan bayaran cukai sekitar €127 juta.

Angka ini menyaksikan pendapatan kelab tersebut meningkat kepada 32.1% berbanding dengan €405.7 juta musim lalu.

Pendapatan itu adalah hasil daripada penjaualan Ousmane Dembelé, Pierre-Emerick Aubameyang, Sven Bender, Emre Mor, Mikel Merino dan Marc Bartra.

Dortmund menerima €222.7 juta daripada penjualan kesemua pemain tersebut. Ianya adalah 41% daripada jumlah pendapatan keseluruhan kelab.

Sementara itu, hasil kutipan tiket berkurangan sekitar €313 juta ataupun kurang 4.6% berbanding dengan tahun sebelum ini.

Hal ini kerana Dortmund tersingkir awal dalam DFB Pokal. Menurut CEO Borussia Dortmund, mereka kini meletakkan sasaran pendapatan €500 juta pada 2025 tanpa megambil kira jumlah penjualan pemain.

Ianya KPI yang sangat besar untuk mereka kejar. Watzke berkata:

“Anggaran bajet untuk gaji pada musim lalu adalah sekitar €130 juta euro. Itu angka yang sangat banyak di Jerman dan agak sedikit berbanding dengan liga lain.”

“Banyak kelab (di Eropah) membelanjakan €300 juta untuk gaji pemain setiap tahun. Jika kami melakukan perkara yang sama, kami tidak akan dapat membeli bintang-bintang besar dalam bola sepak.”

Borussia Dortmund memang bukan kelab membeli pemain bintang yang sudah ternama.

Mereka lebih selesa membeli bakat prospek untuk dibangunkan dan dijual pada harga yang tinggi.

Salah satu daripada sebabnya adalah Watzke enggan bajet untuk gaji pemain terlalu tinggi jika pemain meminta kontrak baharu kerana ada minat daripada kelab lain.

“Jenama pasukan kami membangun dengan sinarnya. Pendapatan daripada pengiklanan dan penajaan meningkat 7.6% ataupun €6.6 juta daripada €94 juta secara keseluruhan untuk aspek jenama.”

Borussia Dortmund juga menerima €27.4 juta daripada Bundesliga. Namun Watzke menyatakan yang pendapatan hasil daripada cendera mata telah merosot hampir €10 juta kepada €29.5 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN