Strategi Pellegrini Kuatkan Mental Pemain Manchester City: Sengaja Jadi Pengadil Teruk Dalam Latihan

Mungkin ini sesuatu yang dapat dipelajari oleh pasukan-pasukan Liga Super di Malaysia.

Menurut laporan media Chile, pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini mengaku mempersiapkan kekuatan mental pemainnya dalam perlawanan sebenar dengan satu cara – menjadi pengadil teruk ketika dalam latihan.

Menurut Pellegrini:

“Pemain-pemain tahu ada sesetengah pengadil akan mengadili perlawanan dengan teruk.”

“Jadi saya dan staf-staf yang lain cuba menjadi pengadil yang teruk ketika latihan supaya pemain dapat membiasakan diri dengan mutu pengadil yang teruk dalam perlawanan sebenar.”

Pellegrini kemudiannya menjelaskan lagi:

“Jika ada pemain yang melakukan kesalahan, kami takkan hentikan permainan untuk mengadu kepada pengadil.”

“Kami mahu teruskan permainan. Kami mahu menguatkan mental pemain kerana kesilapan pengadil adalah elemen penting dalam bola sepak.”

Pellegrini turut memberitahu pemain supaya ‘kekal tenang dan terus bermain sehingga mendengar bunyi wisel’.

“Dalam perlawanan sebenar, pemain dihukum dengan kad. Dalam latihan kami, pemain dihukum dengan tekan tubi.”

Dengan strategi latihan yang baru ini, pemain Manchester City tidak pernah dibuang padang dalam 23 perlawanan berturut-turut, dan hanya mengumpul 38 kad kuning, antara yang terendah dalam liga.

Ketika di era di mana ada sesetengah pasukan yang berlatih cara untuk diving bagi mendapatkan perhatian pengadil, cara Manuel Pellegrini di Manchester City adalah sesuatu yang positif dan perlu dicontohi.

Baca juga: Pemain Import Kedah Ini Melakukan Apa Yang Pengadil Tak Mampu

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN