Diego Simeone Tak Minat Fernando Torres, Beritahu Media ‘Torres Tak Capai Jangkaan’

Hari ini genap setahun dua hari kembalinya hero Atletico Madrid, Fernando Torres ke Vincente Calderon. Kami masih ingat betapa meriahnya sambutan yang diberikan oleh 45,000 penyokong Atletico ketika menyambut kepulangan Torres.

Menurut media Sepanyol, Diego Simeone sendiri yang mahukan Torres (yang pernah menjadi kaptennya) balik ke Atletico Madrid.

Tetapi hari ini, ia adalah hari Simeone memberitahu media bahawa ‘Torres tidak akan berada dalam perancangannya pada musim depan’.

Keputusan dipengaruhi transfer ban

Dengan Atletico Madrid yang bakal dikenakan larangan mendaftar pemain baru (transfer ban) bermula musim panas 2016 nanti, mereka hanya mempunyai masa sehingga Isnin depan (1 Februari 2016) untuk membuat keputusan sama ada ingin menandatangani Torres secara kekal atau tidak.

Bagaimanapun dalam pertemuan antara Simeone, Torres dan ketua eksekutif, Miguel Ángel Gil Marín semalam, Simeone memberitahu Torres  bahawa beliau tidak berminat dengan Torres.

Torres jelas mahu kekal di kelab kesayangannya. Tetapi dengan hanya 2 gol dalam 1100 minit permainan, Torres nyata bukanlah penyerang tajam yang Simeone cari untuk musim akan datang.

Pada musim lepas, Torres bermula dengan baik apabila menjaringkan gol ketika menentang Real Madrid dan Barcelona.

Manakala gol beliau ketika menentang Levante dan Villareal membolehkan Atletico menduduki tangga ke-3 La Liga pada musim lepas.

Tetapi selepas itu, persembahan beliau kembali suram.

Tak capai jangkaan Simeone

Diego Simeone pernah memberitahu media mengenai kekecewaannya terhadap prestasi Torres sebelum perlawanan menentang Valencia pada Oktober 2015 yang lepas.

Torres dan Jackson (Martinez) kedua-duanya baru menjaringkan 2 gol setakat ini. Tanpa ragu lagi, saya mahu mereka perbaiki prestasi mereka kerana ia tak capai jangkaan saya dan mereka sendiri.”

Penjaring terbanyak Atletico Madrid setakat ini adalah Antoine Griezmann, dengan 12 gol. Ketika ini, Atletico berkongsi 48 mata dengan pendahulu liga, Barcelona yang kekurangan 1 perlawanan.

Bakal ke Asia?

30 Jun 2016 nanti akan menandakan tamatnya kontrak pinjaman Fernando Torres dengan Atletico Madrid. Ia juga akan menandakan tamatnya kontrak beliau dengan AC Milan, kelab yang meminjamkan khidmatnya kepada Atletico.

Dengan Torres yang bakal menjadi free agent pada musim panas 2016 nanti, ditambah pula dengan kejatuhan sahamnya di Eropah, mungkinkah kita akan menyaksikan aksi Torres di Asia pula selepas ini?

Baca juga: Analisis Taktikal: Real Madrid 1-0 Atletico Madrid

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN