Budak Mangsa Perang Yang Pakai Jersi Messi Dari Plastik Telah Dijumpai

Beberapa hari lepas, kami melaporkan tentang seorang budak mangsa perang dari Iraq yang memakai ‘jersi Messi‘ yang diperbuat daripada beg plastik berjalur putih dan biru – mirip jersi Argentina.

messi10iraq

Sumber laporan kami turut memberitahu pihak perhubungan awam (PR) Lionel Messi sedang berusaha untuk mencari identiti sebenar budak tersebut yang dipercayai berada di Dohuk, Iraq untuk diberi bantuan.

Beberapa hari kemudian, kami menemui laporan bahawa budak tersebut telah dijumpai.

Budak jersi Messi telah ‘dijumpai’

Agensi berita dari Iraq, Kurdistan TV melaporkan mereka telah menjumpai budak tersebut di Dohuk dan namanya ialah Homin.

_87934108_kurdishtv

Tetapi selepas melihat bentuk telinga Homin dengan imej asal budak tersebut yang kelihatan sangat berbeza, kami mengambil keputusan untuk tidak melaporkan berita tersebut kerana ada keraguan.

Tambahan pula, BBC melaporkan khabar angin yang mengatakan budak tersebut berasal dari Dohuk, Iraq adalah palsu dan telah direka oleh seorang remaja dari Sweden.

Baca: Lionel Messi Mahu Bantu Budak Mangsa Perang Yang Pakai Jersi Messi Dari Plastik

Identiti sebenar budak jersi Messi

Misi pencarian identiti budak dalam gambar yang tersebar viral tersebut nampak telah berakhir semalam apabila BBC melaporkan budak tersebut sebenarnya berasal dari Afghanistan.

Namanya ialah Murtaza Ahmadi dan beliau berusia 5 tahun.

Murtaza turut mempunyai baju coklat, jersi Messi yang diperbuat dari plastik, dan fizikal yang hampir sama dengan gambar yang tersebar viral tersebut.

https://twitter.com/messi10stats/status/691996582053412865

Bapa Murtaza, Arif Ahmadi berkata gambar tersebut diambil oleh anak sulungnya, Hamayon yang memuat naik ke akaun Facebook-nya. Keluarga Murtaza tinggal di Jaghori, yang terletak di timur Afghanistan.

Ketika ditemu ramah oleh BBC, Arif berkata:

“Anak saya yang paling bongsu ini (Murtaza) sangat sukakan Messi dan bola sepak. Agak mustahil untuk kami belikan jersi untuknya kerana saya hanya petani.”

“Jadi abang-abangnya membuat jersi dari beg plastik untuk Murtaza.”

_87934106_messi2
Sumber: Arif Ahmadi

Arif turut memberitahu Murtaza tahu beliau sudah terkenal dan berasa ‘sangat gembira’.

Murtaza dengar daripada kawan-kawannya yang ada Internet. Mereka beritahu kami tentang gambar tersebut.”

Murtaza mahu jumpa Messi dan menjadi pemain bagus sepertinya bila dah besar nanti.”

Baca juga: England Lancarkan Liga Bola Sepak Eksklusif Hanya Untuk Lelaki Gemuk

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN