Dilihat Berada Di Bangku Simpanan JDT, Apa Status Terkini Aidil Dan Syamer?

Aidil, Syamer

Pada 31 Julai lalu, ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee terpaksa menggugurkan Aidil Zafuan Abd Razak dan Syamer Kutty Abba akibat masalah kecederaan.

Ianya berlaku selepas Kim Swee gagal mendapatkan khidmat dua pemain Pahang iaitu Matthew Davies dan Nor Azam Azih yang tidak mendapat pelepasan untuk ke Sukan Asia 2018.

Ia menambah masalah buatnya kerana pilihan pemain di tangannya kian berkurang dengan tidak boleh lagi memanggil pemain di luar senarai 30 pemain yang telah didaftar.

Tidak pasti samaada ianya khabar yang menggembirakan atau sebaliknya, Aidil dan Syamer berada di bangku simpanan ketika perlawanan pertama Piala Malaysia, Ahad lalu.

JDT tewas kepada MIFA dalam perlawanan tersebut dan kedua-dua pemain dilihat terus memanaskan bangku simpanan JDT. Adakah kedua-dua pemain itu telah pulih sepenuhnya?

Jika kedua-duanya telah pulih, pintu untuk kembali bersama skuad ke Sukan Asia masih lagi terbuka. Selain mereka berdua, peluang buat Davies dan Azam juga masih terbuka.

Bercakap kepada Berita Harian, Kim Swee tampak seakan-akan masih berharap dapat melengkapkan skuadnya dengan kehadiran pemain-pemain yang masih ‘tiada’ dalam senarai.

“Baik pemain yang cedera dan pemain yang belum melaporkan diri, pintu sentiasa terbuka.

Tetapi pemain yang cedera kita perlu lihat tahap kecederaan mereka, sudah tentu pakar perubatan lebih arif tentang perkara ini,” ujar Kim Swee kepada Berita Harian.

“Bagi yang belum melaporkan diri pintu sentiasa terbuka, terpulang kepada mereka kerana kita masih ada masa lagi sebelum bertolak ke Jakarta (13 Ogos),” jelasnya lagi.

Ahad lalu, skuad kendaliannya tewas tipis 1-2 kepada China B-23 di Changzhou, China walaupun telah memberi tentangan yang sengit.

Kim Swee sedang berkira-kira untuk mengadakan satu lagi aksi pemanas badan sebelum memilih 20 pemain yang akan membawa cabaran skuad B-23 negara ke Indonesia dan dikhabarkan akan bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jumaat ini.

Skuad negara akan membuka tirai kejohanan pada 15 Ogos menentang Kyrgyzstan sebelum bertemu juara bertahan Korea Selatan (17 Ogos) dan Bahrain (20 Ogos) dalam Kumpulan E.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN