Essam El Hadary Umum Persaraan Daripada Kancah Antarabangsa Selepas Khidmat Selama 22 Tahun

Essam el Hadary mula dikenali masyarakat dunia kerana beliau turun sebagai pemain bola sepak paling tua dalam sejarah Piala Dunia.

Essam mengambil keputusan untuk bersara daripada menyarung jersi Mesir pada usia 45 tahun.

20 tahun lebih

Beliau membuat penampilan sulung sebagai penjaga gol skuad kebangsaan Mesir pada 1996. Beliau beraksi bersama Mesir sepanjang lebih daripada 22 tahun.

Essam mengakui gembira kerana telah membuat penampilan sebanyak 145 kali. Beliau memuatnaik status di laman sosial Facebook miliknya.

Bukan tangan kosong

Karier antarabangsa bersama Mesir amat gemilang. Sekurang-kurangnya Essam ada gelaran yang boleh diingati.

Bersama Mesir, beliau memenangi Piala Negara-Negara Afrika 4 kali. Beliau memenanginya pertama kali pada 1998. Kemudiannya Essam turut memenanginya pada 2006, 2008 dan 2010.

Beliau pernah beraksi untuk kelab gergasi Mesir, Al-Ahly dari tahun 1996 hingga 2008. Beliau pernah berkelana sebentar di Eropah dengan menyarung jersi kelab Switzerland, Sion pada 2009.

Rekod

Essam menyelamatkan penalti pemain Arab Saudi, Fahad Al Muwallad. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Pada umur 45 tahun dan 161 hari, beliau menjadi pemain paling berusia dan ‘senior’ yang pernah muncul di Piala Dunia 2018 lalu di Rusia.

Beliau diturunkan pada perlawanan antara Mesir menentang Arab Saudi. Perlawanan itu merupakan perlawanan penutup Kumpulan A.

Essam mencuri perhatian apabila menyelamatkan sepakan penalti Fahad al Muwallad. Tetapi Mesir tewas kepada Arab Saudi dengan skor 2 berbalas 1.

Mesir terkeluar daripada saingan Piala Dunia 2018 tanpa sebarang mata daripada 3 perlawanan.

Penutup

Kisah menarik ini mungkin menjadi inspirasi kepada ramai. Hanya usaha yang jitu dan konsisten mampu memberikan kejayaan walaupun ia hanya datang sebentar.

Namun begitu, nama Essam tetap terpahat dalam catatan rekod Piala Dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN