Toni Kroos: Tanpa Cristiano Ronaldo, Real Madrid Akan Kehilangan 50 Gol Untuk Musim Baharu

cristiano

Pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos menegaskan bahawa penghijrahan Cristiano Ronaldo ke Juventus adalah satu kehilangan besar buat pasukan tersebut.

Kroos antara rakan sepasukan yang turut merasa tempias selepas mendengar berita mengenai penghijrahan bintang Portugal itu ke Juventus pada pertengahan Julai yang lalu.

Bagi Kroos, Ronaldo telah banyak memberi kejayaan kepada pasukan dan merupakan mesin gol utama buat skuad Los Blancos sejak menyertai kelab tersebut pada tahun 2009.


Menurut sumber ESPN, Kroos berkata, tanpa Ronaldo pasukannya akan kehilangan hampir 50 jaringan gol untuk musim baharu ini.

“Kita akan melihat apa yang bakal berlaku pada musim hadapan (2018/19). Mungkin satu perkara yang sukar untuk dilakukan.”

“Walaupun saya yakin dengan pasukan ini, tetapi ianya tetap tidak akan mampu untuk dicari ganti. Cristiano (Ronaldo) mampu mencetak hampir 50 gol di setiap musim”

Kroos mengakui bahawa Ronaldo merupakan pemain paling penting dalam kejayaan membantu Real Madrid mengecapi musim-musim gemilang mereka.

Real Madrid’s Toni Kroos, left, celebrates with Cristiano Ronaldo, center, and other teammates after scoring, during the Spanish La Liga soccer match between Valencia and Real Madrid at the Mestalla stadium in Valencia, Spain, Saturday, Jan. 27, 2018. (AP Photo/Alberto Saiz)

“Cristiano merupakan tonggak penting yang banyak memainkan peranan dalam membantu kejayaan kami (Real Madrid) sejak beberapa tahun yang lalu.”

Sejak tiba di Santiago Bernabeu pada tahun 2009, Ronaldo telah berjaya mencetak 450 gol dari 438 penampilannya dalam semua pertandingan peringkat kompetitif bersama Real Madrid.

Berikut merupakan jumlah jaringan Cristiano Ronaldo di setiap musim bersama Real Madrid yang telah dikeluarkan oleh laman rasmi Realmadrid; 33 goals (2009/10), 54 (2010/11), 60 (2011/12), 55 (2012/13), 51 (2013/14), 61 (2014/15), 51 (2015/16) and 42 (2016/17)

Di musim terakhir (2017/18) Ronaldo, beliau juga berjaya menghasilkan 44 gol buat Real Madrid dari 44 penampilannya sepanjang satu musim.

Dengan tercatatnya rekod cemerlang Ronaldo tersebut, ini jelas mengambarkan bahawa apa yang diungkapkan Kroos itu adalah satu perkara yang benar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN