Bagaimana Bola Sepak 5-A-Side Boleh Dijadikan Latihan Untuk 11-A-Side

Bagi pasukan bola sepak amatur, mengumpul 11 pemain untuk mengadakan sesi latihan adalah sesuatu yang sukar. Pemain amatur mempunyai komitmen kerja.

Jadi banyak jurulatih mencadangkan permainan berskala kecil seperti 5-a-side yang hanya memerlukan 5 pemain untuk memperbaiki kecergasan, skill, kesefahaman dan teknik pemain 11-a-side.

Bagaimana bola sepak 5-a-side mampu memperbaiki kualiti pemain 11-a-side?

Kecergasan (Fitness)

fitness1

Salah satu cabaran besar pasukan bola sepak amatur adalah memastikan pemain cergas atau fit.

Banyak pemain amatur mengaku selalu singgah di gim untuk mengekalkan kecergasan, tetapi adakah teknik mereka betul? Dan yang paling penting, berapa lama mereka memerah keringat sebelum lepak di kedai mamak selama berjam-jam?

Jika pasukan anda mahu mula bermain 5-a-side, ada berita baik untuk anda.

Kajian daripada Jabatan Sains Sukan, Universiti Copenhagen mendapati pemain 5-a-side mencapai 90% tahap maksimum degupan jantung lebih lama berbanding pengunjung gim.

Pemain 5-a-side juga mempunyai tekanan darah yang rendah dan membakar kira-kira 800 kalori setiap perlawanan – setaraf dengan sukan renang dan bola keranjang dalam tempoh masa yang sama.

Apa yang bagusnya, bola sepak 5-a-side boleh menaikkan tahap kecergasan pemain tanpa memerlukan pemain untuk meninggalkan bola di kaki.

Apa yang pasti, ia lebih produktif berbanding lari keliling padang sebanyak 10 pusingan seperti yang biasa kita buat.

article-2090895-116CC6E8000005DC-805_634x452

Kajian Jabatan Kinesiology, Louisiana State University dan Leeds Metropolitan University pula mendapati jarak larian yang ditempuh pemain selepas 90 minit bola sepak 11-a-side adalah sama selepas sejam bermain 5-a-side – iaitu antara 7-11.5 kilometer.

Semua ini ada sebabnya.

Permainan berskala kecil seperti 5-a-side mempunyai intensiti yang lebih tinggi, dengan lebih banyak pecutan dan masa rehat yang sedikit.

Pemain 5-a-side juga tidak mempunyai banyak masa untuk berhenti berlari.

Malah pemain 5-a-side juga dapat menyentuh bola 4 kali lebih banyak berbanding bola sepak 11-a-side.

Maka tidak hairanlah jurulatih kecergasan terkenal, Raymond Verheijen (gambar) mencadangkan permainan berskala kecil seperti 5-a-side dijadikan salah satu modul untuk menaikkan kecergasan pemain profesional.

raymondverheijen

Pembentukan skil pemain

Penjaga gol

1435066809
Sumber: www.myf5wc.com

Bermula dari belakang, penjaga gol 5-a-side banyak berhadapan dengan rembatan rendah yang memerlukan konsentrasi tinggi kerana masa reaksi mereka sangat pendek berbanding penjaga gol 11-a-side.

Mereka juga perlu selesa mengendalikan bola di kaki dan pandai memulakan serangan melalui hantaran pendek yang pantas dan tepat.

Dalam bola sepak moden, ciri-ciri inilah yang perlu ada dalam penjaga gol. Mereka bukan sahaja perlu menjadi penjaga gol, malah perlu selesa mengendalikan bola di kaki untuk memulakan serangan daripada bawah.

Pertahanan

1435066808
Sumber: www.myf5wc.com

Dalam bola sepak 5-a-side, pemain pertahanan boleh dianggap gila jika melakukan sliding tackle.

Jadi adalah penting bagi pertahanan 5-a-side untuk kekal di atas kaki, memberi tekanan kepada pemain lawan secara pantas dan agresif dan cuba membaca permainan untuk memintas hantaran pasukan lawan.

Bola sepak moden juga menuntut pemain pertahanan untuk bertindak lebih bijak kerana hukuman yang berat bakal menanti kepada bentesan yang kasar.

Mereka perlu sentiasa berkomunikasi, menjaga jarak dan sudut supaya pemain lawan sukar membuat percubaan, dan menyokong rakan sepasukan yang memerlukan bantuan.

Jika dalam bola sepak11-a-side, pemain pertahanan mempunyai dilema antara sistem pertahanan zonal atau man-marking, dalam 5-a-side man-marking sangat sukar dilakukan.

Oleh itu, pemain pertahanan akan dipaksa untuk membentuk kesefahaman yang tinggi dan membaca permainan melalui bola sepak 5-a-side.

Penyerang

1435066808 (1)
Sumber: www.myf5wc.com

Di atas, penyerang perlu mencipta ruang, bergerak dengan bijak tanpa bola dan pandai membuat hantaran untuk menewaskan pasukan lawan.

Sebagai penyerang 5-a-side, sasaran gol mereka 50% lebih kecil daripada kebiasaan di padang 11-a-side. Oleh itu, adalah penting bagi penyerang untuk mempunyai ketepatan rembatan yang tinggi.

Dalam 5-a-side, pemain pertahanan juga perlu boleh membuat percubaan tepat kerana fleksibiliti posisi ketika permainan.

Jadi apabila mereka melangkah ke padang yang lebih besar, ia akan membantu pemain pertahanan untuk menjadi lebih tepat ketika membuat percubaan.

Kesimpulan

Daripada aspek kejurulatihan, secara jujurnya bola sepak 5-a-side sahaja tidak cukup untuk memperbaiki persembahan pasukan 11-a-side anda.

Bola sepak 5-a-side tidak akan memperbaiki taktikal set-piece, taktikal long ball, teknik rembatan jauh, teknik sliding tackle dan sistem pertahanan man-marking pasukan 11-a-side anda.

Tetapi daripada aspek teknik dan kecergasan pemain, boal sepak 5-a-side boleh memastikan pemain anda kekal cergas dan teknik mereka tidak berkarat.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bola sepak 5-a-side, anda boleh turun ke UiTM Shah Alam pada 19 dan 20 Disember 2015 ini untuk menyaksikan kejohanan F5WC Malaysia.

Front page slider 2 (1)

Baca juga: F5WC Mahu Cari Wakil Malaysia Dalam Kejohanan Bola Sepak 5-A-Side Dunia

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN