Quantcast

BERITA

Gary Neville Keluar RM130,000 Sendiri, Belanja iPad Kepada Semua Pemain Valencia

Gary Neville beralih kepada teknologi dari Apple untuk membawa Valencia keluar daripada zaman kegelapan dan mencapai matlamat majikannya, iaitu mendapat tempat ke-4 teratas dalam La Liga.

Neville yang tewas pada perlawanan pertamanya ketika perlawanan menentang Lyon dalam Champions League, kemudiannya sekadar seri 1-1 menentang Eibar pada Ahad lepas.

Ketika ini, Valencia sedang menduduki tangga ke-8 La Liga, 7 mata di belakang pasukan tangga ke-4 Celta Vigo.

Belanja iPad

Dalam usahanya untuk memperbaiki prestasi pasukannya, Neville mengeluarkan £20,000 (RM130,000) daripada poketnya sendiri untuk membeli iPad kepada semua pemain Valencia.

Menurut staf Neville, Miguel Angel Angulo, iPad tersebut bakal digunakan Neville untuk menunjukkan klip rakaman video daripada sesi latihan dan perlawanan sebenar.

Neville turut mengarahkan sesi latihannya di padang latihan Valencia, Ciudad Paterna, dirakam dari sudut high angle untuk memudahkan beliau menganalisis kualiti latihan pasukannya.

Gary-Neville-installs-high-angle-cameras-to-record-Valencia-training-sessions

valencia-high-angle-camera

Pembelian iPad tersebut merupakan usaha Neville untuk memastikan arahan taktikalnya difahami dengan jelas melalui penjelasan video.

Suruh tutor bahasa Sepanyol datang pada 6 pagi

Malah Neville turut berusaha untuk belajar bahasa Sepanyol dari tutor peribadi seawal jam 6 pagi setiap hari.

Mengapa pada jam 6 pagi? Kerana jadual Neville yang sentiasa sibuk sehinggakan satu-satunya masa lapang yang beliau ada adalah pada jam 6 pagi.

Pada mulanya, tiada tutor bahasa Sepanyol yang sanggup datang ke rumah Neville untuk mengajar pada jam 6 pagi.

Tetapi sejak Neville mengiklankan yang beliau memerlukan tutor bahasa Sepanyol pada jam 6 pagi di sidang akhbar pertamanya, beratus-ratus tutor menghubunginya.



Sudah mula bercakap bahasa Sepanyol

Menurut Angulo, usaha Neville sudah mula membuatkan hasil apabila beliau sudah mula berkomunikasi bahasa Sepanyol dengan pemainnya.

“Neville semakin pandai bercakap bahasa Sepanyol, lebih baik daripada apa yang saya jangka. Komunikasi antara pemain dengan beliau semakin bertambah baik.”

Malah Angulo turut mendedahkan cara Neville untuk memperbaiki prestasi Valencia.



“Neville menggunakan segala cara untuk memastikan mesejnya sampai kepada pemain. Moral pemain semakin baik dan mereka bersatu untuk mendapatkan kemenangan.”

“Kami mahukan bola sepak gaya menyerang, dengan disiplin pertahanan dan organisasi pasukan yang baik.”

“Setiap pemain ada tugas masing-masing. Kami mahu bermain secara agresif di halaman sendiri, beri tekanan betul-betul kepada mereka.”

“Bagi pemain, menghadam semua pembaharuan ini dalam 2,3,4 sesi latihan memang sukar. Mereka masih beradaptasi.”

“Neville menjelaskan sesuatu perkara sehingga menjadi jelas. Saya faham dah, kemudian dia jelaskan lagi benda sama kepada saya 4 kali.”

Neville dan Valencia bakal bertemu pasukan liga bawahan, Barakaldo dalam pertemuan Copa del Rey pada awal pagi esok waktu Malaysia.

Baca juga: Gary Neville Memberitahu Apa Kesilapan David Ospina Dengan Bantuan Jamie Carragher

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!