F5WC Mahu Cari Wakil Malaysia Dalam Kejohanan Bola Sepak Five-A-Side Dunia

Pemain bola sepak amatur di Malaysia kini mempunyai peluang untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa melalui kejohanan Football Fives World Championship Malaysia (F5WC Malaysia).

Event highlight on Home Page 2

Kejohanan yang berlangsung setiap tahun dan diberi sokongan oleh Kementerian Belia Dan Sukan ini diadakan untuk mencari wakil Malaysia dalam World Finals yang disertai 32 negara.

Dalam World Finals di Dubai pada April 2015 lepas, Malaysia diwakili oleh TOT United.

Apa yang menariknya, scouts dari kelab-kelab besar dunia seperti AC Milan, Chelsea, Manchester City, Manchester United, Real Madrid dan Barcelona turut pernah hadir dalam 2 edisi World Finals lepas.

Ini membuktikan F5WC berjaya memberi platform kepada pemain muda amatur untuk mendapat peluang bermain bola sepak secara profesional.

F5WC Malaysia bakal diadakan pada 19 dan 20 Disember 2015 di UiTM Shah Alam.

Dalam kejohanan ini, sebanyak 144 pasukan five-a-side amatur akan menyertai kejohanan ini untuk menjadi juara dan seterusnya mewakili Malaysia dalam World Finals di Bangkok pada Mac 2016.

144 pasukan ini akan dibahagikan kepada 3 kategori:

  1. Kategori terbuka
  2. Kategori institusi pendidikan
  3. Kategori 15-17 tahun

Juara setiap kategori akan menerima piala dan hadiah wang tunai.

PRICE F5WC (1)

Kemudian untuk menentukan juara keseluruhan, 4 pasukan daripada kategori terbuka, 4 daripada kategori institusi pendidikan dan 2 daripada kategori 15-17 tahun akan berentap dalam pusingan kalah mati.

Menurut ahli pasukan TOT United, juara F5WC Malaysia dan wakil Malaysia dalam World Finals di Dubai, kualiti permainan bola sepak five-a-side Malaysia mempunyai banyak perbezaan dengan pasukan luar negara.

“Pasukan luar negara lebih banyak bermain secara individu. Seorang pemain mereka boleh menggelecek melepasi 2-3 pemain. Di Malaysia, kita lebih suka bermain secara berpasukan.”

Pembaca Semuanya BOLA dijemput datang ke UiTM Shah Alam untuk menonton perlawanan bola sepak five-a-side dan memeriahkan kejohanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN