Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez kehilangan kata-kata untuk menjelaskan bagaimana Luis Suarez boleh terlepas sehingga tiga peluang keemasan untuk menjaringkan gol.
Namun demkian, Tabarez enggan menuding jari ke arah Suarez semata-mata atas kesukaran menembusi benteng Mesir, apabila sekadar mencatat kemenangan 1-0.
“Saya tidak pasti apa yang terjadi dan saya tidak mahu membuat spekulasi.”
“Saya telah melihat ramai pemain berkelas dunia seperti Lionel Messi dan Diego Maradona tidak berada di tahap potensi sebenar ketika perlawanan.”
“Satu perkara yang jelas ialah ianya bukanlah satu dosa.”
“Seperti yang anda sendiri nilai, Suarez tidak bermain seperti kebiasaan. Beliau memiliki tiga peluang, dan penjaga gol menafikan dua daripadanya.”
“Ia adalah normal dan perkara bergitu akan terjadi kepada pemain penyerang,” jelas Tabarez panjang lebar kepada wartawan selesai perlawanan.
Jurulatih Mesir, Hector Cuper pula enggan mengambil sebarang risiko menurunkan pemain bintang mereka, Mohamed Salah yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan bahu.
Ketiadaan Salah menjadikan Suarez sebagai watak utama di atas padang, setelah tampil buat kali pertama di Piala Dunia sejak insiden mengigit Giorgio Chiellini di Brazil empat tahun yang lalu.
Salah satu percubaan oleh Suarez sekadar menyingahi bahagian sisi jaring. Kesukaran Suarez dalam perlawanan ini menggambarkan tahap keyakinan pemain tersebut.
“Pada kebiasaannya, peluang sebegitu akan dimanfaatkan dengan mudah. Dan ada ketikanya, gawang gol itu tampak sempit. Asalkan Suarez memberikan setiap keringat yang dimilikinya, maka kami sudah cukup gembira.”
“Di sidang media, saya tidak gemar bercakap mengenai pemain secara individu. Saya juga bukan jurulatih yang gemar menuding jari. Apatah lagi mengenai pemain yang pernah membawa kejayaan kepada bola sepak Uruguay,” tambah Tabarez lagi.