Rating Pemain Maghribi vs Iran, Ramai Pemain Singa Atlas Di Bawah Par

Iran mengejutkan Maghribi dengan kemenangan 1-0 hasil daripada jaringan sendiri Bouhaddouz pada masa kecederaan.

Maghribi

Mohamedi – 7

Cemerlang di gawang gol hari ini, menafikan percubaan bahaya pemain lawan terutama sekali situasi 1 lawan 1 dengan Sardar Azmoun.

Hakimi – 6

Bermain baik pada hari ini namun perlu memperbaiki aspek hantaran bola.

Benatia – 6.5

Berjaya mengawal benteng pertahanan dengan tenang walaupun beberapa kali diserang balas oleh pasukan lawan.

Saiss – 6

Juga bermain baik di barisan pertahanan. Hampir menjaringkan gol.

Boussoufa – 5.5

Aksi pada hari ini boleh dikatakan jauh daripada aksi terbaik beliau.

Ziyech – 6.5

Bermain sangat baik pada separuh masa pertama. Agak sukar bergerak pada separuh masa kedua, kerana Iran memperbaiki lagi aspek pertahanan.

El Ahmadi – 6

Tidak banyak terlibat dalam serangan seperti yang diharapkan

Amine Harit – 5.5

Pemain ini gagal memberikan impak seperti yang diharapkan. Beliau melakukan 1 percubaan lemah.

Nordin Amrabat – 6.5

Pemain terbaik Maghribi pada separuh masa pertama dengan larian deras di sayap kanan. Pada separuh masa kedua agak kurang impak. Terpaksa dikeluarkan selepas pertembungan dengan pemain lawan.

El Kaabi – 4.5

Banyak kali gagal melakukan gerakan lebih awal. Sukar untuk rakan beliau berhubung dengannya.

Belhanda – 5

Tidak konsisten memberikan ancaman kepada pasukan lawan. Separuh masa kedua boleh dikatakan hilang.

Gantian

Bouhaddouz – 5

Hari yang beliau mahu lupakan. Melakukan kesilapan pertahanan yang memberikan kekalahan kepada Maghribi.

Sofyan Amrabat – 5

Tidak banyak aksi daripada pemain ini.

Carcela-Gonzalez – 5

Masuk sebagai pertukaran teknikal dan tidak banyak impak dalam perlawanan.

Iran

Beiranvand – 7

Beraksi cemerlang pada hari ini, menafikan beberapa percubaan yang boleh memberikan gol kepada lawan.

Rezaeian – 6.5

Pada separuh masa kedua, beliau berjaya meneutralkan impak daripada Hakimi dan Amine Harit.

Cheshmi – 7

Sangat ‘stagnant’ di barisan pertahanan dengan gaya no nonsense defending.

Pouraliganji – 6.5

Fokus yang tinggi dalam perlawanan ini untuk memastikan organisasi pertahanan sentiasa stabil

Hajsafi – 6.0

Agak sukar untuk menghentikan Amrabat dalam perlawanan ini.

Ansarifard – 5.5

Memiliki kepantasan ketika serangan balas namun kualiti hantaran mengecewakan

Ebrahimi – 6.5

Bermain baik sebagai no.6. Beliau terpaksa dikeluarkan kerana impak daripada aksi beliau yang menghadang bola.

Shojaei – 5

Bermain agresif di tengah. Mendapat kad kuning di awal perlawanan membuatkan aksi beliau terhad.

Jahanbakhsh – 5

Pemain ini tidak begitu menyerlah walaupun menerima banyak bola di kawasan serangan

Amiri – 6

Pemain yang rajin membantu untuk bertahan dan cuba menggerakkan bola dengan cepat ketika serangan.

Azmoun – 6.5

Pemain yang paling banyak memberikan masalah kepada pasukan lawan. Namun sayangnya beliau tidak menyempurnakan peluang keemasan.

Gantian:

Taremi – 6 

Berjaya memainkan peranan beliau dengan baik untuk melindungi pertahanan

Hosseini – 6

Banyak membantu dalam bertahan ketika pasukan mereka ditekan oleh pasukan lawan.

Ghoddos – N/A

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN