Ronaldo Ledak Hatrik Selamatkan Portugal, Diego Costa Sumbat 2 Gol

Tidak terkira berapa banyak perlawanan Portugal memerlukan inspirasi Ronaldo untuk menyelamatkan mereka walaupun bermain tidak cukup baik.

Ronaldo menjelmakan magis beliau sekali lagi untuk Portugal. Beliau boleh memenangi perlawanan untuk Portugal secara berseorangan.

Portugal bermula dengan sangat baik. Mereka mendahului pada minit ke-3 menerusi Cristiano Ronaldo selepas beliau dijatuhkan Nacho di dalam kotak penalti.

De Gea cuba memberikan tekanan kepada Ronaldo tetapi ianya tindakan sia-sia kerana Ronaldo sudah terlalu banyak pengalaman untuk perkara seperti itu. Ronaldo menjaringkan gol daripada titik penalti.

Menjadikan beliau pemain Portugal pertama menjaringkan gol dalam 4 edisi Piala Dunia dan pemain pertama menjaringkan gol dalam 8 kejohanan major.

Portugal memiliki peluang keemasan menerusi Guedes Goncalo Guedes yang menerima hantaran daripada Ronaldo, namun sentuhan pertama beliau agak teruk dan hilang bola.

Tidak lama selepas itu, pada minit ke-24 Diego Costa memenangi bola daripada Pepe dan bertindak seorang diri untuk menjaringkan gol penyamaan.

Isco kemudian melakukan percubaan yang terkena palang dan bola melantun di atas garisan gol. Minit ke-34 Iniesta hampir meletakkan pasukan beliau di hadapan namun percubaan beliau sedikit tersasar.

Sebelum rehat Ronaldo meletakkan Portugal kembali di hadapan. Rembatan beliau tidaklah deras tetapi De Gea melakukan goalkeeper error, gagal menampan kemas bola tersebut.

Bersambung babak kedua, Sepanyol menyamakan kedudukan sekali lagi menerusi Diego Costa pada minit ke-55 hasil daripada binaan secara berpasukan.

3 minit selepas itu, Sepanyol berada di hadapan buat pertama kali menerusi separa voli oleh Nacho yang sangat cantik. Nacho menebus kesilapan beliau dengan gol pendahuluan dan gol sulung beliau untuk Sepanyol.

Sepanyol menang 3-2 ke atas Portugal. Portugal tidak pernah kalah apabila Ronaldo menjaringkan 2 gol dalam satu perlawanan.

Di kala Sepanyol berkira-kira meraikan kemenangan, Ronaldo menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma menewaskan De Gea.

https://twitter.com/WelshRamsey/status/1007710930111729666

Menjadi pemain pertama menjaringkan hatrik ke atas Sepanyol dalam sejarah Piala Dunia. Sepanyol hanya bolos 3 dalam kelayakan. Namun dalam satu malam Ronaldo menjaringkan 3 gol.

Pada masa kecederaan, Quaresma dan Ronaldo masing-masing memiliki peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Perlawanan berakhir 3-3.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN