Analisis: Sang Singa Atlas, Pasukan ‘Dark Horse’ Yang Harus Diberikan Perhatian

Apa itu kuda hitam (dark horse)? Dalam sukan, istilah kuda hitam bermaksud pasukan yang ada kekuatan tetapi tidak diberikan perhatian. Mereka berbeza dengan status underdog yang merujuk kepada pasukan yang tidak kuat tetapi mengejutkan ramai pihak.

Kenapa Maghribi layak digelar kuda hitam pada kali ini?

Kualiti pemain

Mereka memiliki skuad yang sarat dengan pemain berkualiti. Cuma perlu membuktikan diri sahaja dalam pentas sebesar ini. Jom lihat senarai 23 pemain mereka:

Penjaga gol: Mounir El Kajoui (Numancia), Yassine Bounou (Girona), Ahmad Reda Tagnaouti (Ittihad Tanger)

Pertahanan: Mehdi Benatia (Juventus), Romain Saiss (Wolverhampton Wanderers), Manuel Da Costa (Basaksehir), Badr Benoun (Raja Casablanca), Nabil Dirar (Fenerbahce), Achraf Hakimi (Real Madrid), Hamza Mendyl (Lille, France).

Tengah: M’bark Boussoufa (Al Jazira), Karim El Ahmadi (Feyenoord), Youssef Ait Bennasser (Caen), Sofyan Amrabat (Feyenoord), Younes Belhanda (Galatasaray), Faycal Fajr (Getafe), Amine Harit (Schalke)

Serangan: Khalid Boutaib (Malatyaspor), Aziz Bouhaddouz (St. Pauli), Ayoub El Kaabi (Renaissance Berkane), Nordin Amrabat (Leganes), Mehdi Carcela (Standard de Liege), Hakim Ziyech (Ajax)

Daripada nama-nama di atas, pemian seperti Mehdi Benatia, Nabil Dirar dan Achraf Hakimi pastinya cukup bagus untuk bermain di barisan pertahanan. Dirrar adalah pemain yang bersama-sama Monaco menjuarai Ligue 1 pada 2016/17.

Karim El Ahmadi, Amrabat dan Hakim Ziyech adalah bintang di Liga Belanda. Iiyech antara pemain yang paling dikehendaki di bursa perpindahan pemain ketika ini.

Ziyech antara pemain yang memiliki sepakan percuma paling tajam di liga Eropah.

Anda pasti tahu akan kualiti Younes Belhanda yang pernah membantu Montepellier menjuarai Ligue 1 pada 2011/12. Pengalaman beliau pastinya sangat penting di atas padang.

Ramuan Eropah

Mereka memiliki kualiti Eropah kerana ramai pemain yang bermain dalam sistem pembangunan bola sepak di Eropah.

Maghribi merupakan pasukan yang paling banyak menggunakan pemain yang lahir di negara lain dalam Piala Dunia kali ini. Namun pemain-pemain ini memilih untuk bermain mewakili negara moyang, datuk-nenek ataupun ibu-bapa mereka.

Sofyan Amrabat dan Hakim Ziyech misalnya, mereka ada peluang yang sangat baik untuk mewakili Belanda namun memilih untuk bermain untuk Maghribi.

Ini adalah jumlah pemain lahir di luar negara yang mewakili sesebuah negara di Piala Dunia kali ini:

Pertarungan kumpulan B

Kumpulan B menempatkan pasukan Sepanyol, Portugal, Iran dan Maghribi. 2 pasukan Eropah yang dianggap besar iaitu Portugal dan Sepanyol adalah pilihan.

Sepanyol berhadapan dengan isu di bilik persalinan dengan pemecatan jurulatih sebelum sempat memulakan kempen.

Untuk pasukan Portugal pula, dalam Piala Eropah yang lalu, kita lihat betapa bergelutnya mereka di peringkat kumpulan, mujurlah ada format pasukan ke-3 terbaik mara ke kalah mati.

Maghribi kini perlu bermain bola sepak dengan keyakinan pada para pemain mereka. Seperti yang kami nyatakan di atas, mereka perlu bermain dengan kekuatan maksimum daripada setiap pemain untuk mendapatkan yang terbaik.

Secara asasnya, Maghribi adalah pasukan yang tidak beraksi dengan tekanan tinggi berbanding dengan Portugal dan Sepanyol. Ini antara salah satu kelebihan kepada mereka secara mental.

Sentuhan Herve Renard

Pengendali dari Perancis, Herve Renard antara orang yang bertanggungjawab membentuk pasukan ini menjadi salah satu pasukan yang sangat menarik untuk ditonton.

Beliau adalah jurulatih yang sangat popular di Afrika. Sebelum menguruskan Maghribi, Renard menguruskan Zambia, Angola dan Ivory Coast. Beliau membantu Zambia dan Ivory Coast menjuarai Piala Afrika ketika di sana.

17 perlawanan tanpa kalah setakat ini. Hanya Sepanyol yang memiliki rekod tanpa kalah lebih panjang daripada Maghribi di kalangan negara bertanding Piala Dunia 2018.

Jika pasukan seperti Mesir ada isu terlalu bergantung kepada Mohamed Salah dan Elneny, pasukan Maghribi pula lebih kepada kekuatan secara kolektif.

Penekanan disiplin sangat penting, ketika di dalam padang dan di luar padang. Renard mengendalikan ramai bakat muda. Cabaran Renard untuk memastikan mereka fokus kepada bola sepak.

Beliau menyingkirkan 2 pemain yang ditangkap menghisap hookah ketika di kem latihan sebelum Piala Dunia.

Mehdi Benatia punyai kepimpinan yang sangat tinggi di dalam dan di luar padang. Apabila beliau bersuara, pemain-pemain lain akan menghormati beliau.

https://twitter.com/TheSporTalk/status/1004065384142602242

Harus diakui, kekuatan utama mereka lebih kepada pertahanan berbanding dengan serangan. Jadi, jika pemain seperti Ziyech dan Amrabat dapat bermain dengan prestasi terbaik, ia akan lebih membantu pasukan ini mencapai sesuatu terutama sekali mengejutkan ramai pihak untuk mara ke kalah mati.

Jadi, Maghribi adalah pasukan dark horse yang kami akan berikan perhatian dalam kejohanan kali ini. Perlawanan pembukaan menentang Iran adalah sangat penting.

Bekas pengendali Manchester United dan Belanda, Louis Van Gaal sendiri menyatakan bahawa beliau kali ini memilih untuk menyokong Maghribi selain daripada Portugal.

“Saya memakai baju polo hijau. Saya tahu anda semua tahu sebab apa? Hijau adalah warna jersi Maghribi.”

“Ia juga warna Portugal, tempat saya tinggal sekarang. Sebab itu saya ingin menjadi penyokong Portugal dan Maghribi kerana sangat ramai orang Maghribi yang tinggal di Belanda.”

“Saya akan jadi penyokong kedua-dua pasukan. Harap 2 pasukan ini mara sehingga ke final Piala Dunia.”

Jika anda mengharapkan ada pasukan mengejutkan pasukan gergasi dalam Piala Dunia, Maghribi antara pasukan yang berpotensi.

Ada tak pembaca kami memilih untuk menyokong Maghribi kali ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN