Uniknya Nama Mahmoud Trazeguet, Penyerang ‘The Pharaoh’

Dalam Piala Dunia 2018, satu nama yang menarik perhatian adalah bintang Mesir, Mahmoud Trazeguet. Dahulunya nama itu dibawa berlari di dalam padang oleh salah seorang ‘target man’ berbisa bernama David Trazeguet.

Mahmoud Trazeguet adalah pemain yang menjadi pilihan oleh Hector Cuper dalam pasukan Mesir. Penyerang berusia 23 tahun ini dikenali dengan kemampuan beliau mengelecek.

Beliau antara watak penting membantu Mesir mara ke Piala Dunia selepas 28 tahun.

Beliau merupakan gandingan utama Mohamed Salah ketika di pusingan kelayakan. Beliau memberitahu, selain daripada impian beliau ketika kecil, bermain di Piala Dunia juga merupakan harapan arwah ayahnya.

“Sebelum ayah saya meninggal dunia, dia mendoakan saya untuk membantu Mesir mara ke Piala Dunia sekali lagi suatu hari nanti.”

“Sebab itu saya bangga dapat membantu negara saya dan mendedikasikan kejayaan ini kepada arwah ayah saya.”

Nama sebenar beliau adalah Mahmoud Ahmed Ibrahim Hassan. Nama Trazeguet adalah panggilan sempena dengan nama legenda Perancis itu. Ini kerana beliau sangat tajam di hadapan gol.

Berbeza dengan Mahamed Zidan yang memang nama sebenar beliau adalah Mohamed Zidan.

Dari kecil lagi beliau digelar Trazeguet dan nama itu akhirnya melekat pada dirinya dan dibawa sehingga ke karier profesional.

Beliau menjadi antara pemain yang dikehendaki banyak kelab di Eropah termasuk kelab-kelab EPL seperti Everton dan Leicester City.

Namun beliau menyatakan selesa dengan Kasimpasa. Sebelum ini beliau bermain untuk Anderlecht. Beliau tidak mendapat peluang bermain seperti mana di Al Ahly.

Selepas musim pinjaman yang meyakinkan beliau memutuskan untuk bersama dengan Kasimpasa secara tetap untuk musim hadapan.

Beliau berjaya membuktikan dirinya sebagai pemain yang berkualiti ketika di Turki dengan 28 kesebelasan utama, 11 gol dan 5 assist pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN