Previu: 4 Fakta Pertemuan Portugal vs Sepanyol, Derbi Iberia Yang Dramatik

Dua negara ini terletak di negara Eropah. Yang satu terletak di sebelah timur, dan yang satu lagi berada di sebelah barat. Kedua-duanya berbagi wilayah semenanjung bernama Iberia. Mereka mempunyai budaya yang hampir sama, malah bahasa juga sama.

Kerana itulah Portugal dan Sepanyol dianggap sebagai serumpun, dan kali ini mereka balak membuat perhitungan di Olimpiyskiy Stadion Fisht, Rusia.

1. Pemecatan Lopetegui Bayangi Persiapan Sepanyol

Ianya dianggap sebagai 24 jam paling dramatik di dalam sejarah bola sepak Sepanyol.

24 jam tersebut turut berpotensi memusnahkan cabaran mereka di Rusia, walaupun sebelum sepak mula kejohanan.

Sebelum itu, Real Madrid mengesahkan Lopetegui sebagai pengurus baharu mereka selepas selesai cabaran di Piala Dunia bersama Sepanyol. Jelas ia adalah pengumuman yang mengejutkan semua pihak termasuklah RFEF.

(Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Sumber dari ESPN melaporkan Lopetegui telah menghubungi Presiden RFEF, Luis Rubiales mengenai perkara tersebut. Ianya tidak disambut dengan baik, dan Rubiales dilaporkan memutuskan panggilan telefon dengan marah.

Kita semua tahu apa yang terjadi selepas itu. Lopetegui dipecat serta merta kerana perbuatan ‘breach of contract’ dan selepas itu Fernando Hiero diumumkan sendiri oleh Rubiales untuk mengambil alih.

Sejauh mana pemecatan Lopetegui akan mempengaruhi cabaran Sepanyol di Rusia?

2. Cristiano Ronaldo ialah Portugal

Sebutkan sahaja Portugal, nama pertama yang terlintas di dalam pemikiran kita semestinya ialah bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo.

Benar, sukan bola sepak memerlukan 11 pemain untuk melengkapkan sebuah pasukan. Namun Portugal sentiasa berkaitan dengan Ronaldo. Pendek kata Portugal ialah Cristiano Ronaldo.

Kenyataan ini adalah berdasarkan impak yang mampu diberikan oleh Ronaldo kepada rakan sepasukan yang lain di dalam skuad Portugal.

(Photo by Mustafa Yalcin/Anadolu Agency/Getty Images)

Di atas padang, Ronaldo adalah penjaring gol, bijak mencipta ruang, dan turut menghasilkan bantuan gol kepada rakan sepasukan yang lain.

Lebih daripada itu, pemain ini menjadi inspirasi kepada rakan sepasukan, dan beliau mampu melakukannya walaupun ketika berada di bangku pemain simpanan.

Buktinya ialah bagaimana beliau memberikan inspirasi kepada rakan sepasukan untuk menewaskan Perancis di perlawanan akhir Euro 2016.

3. Taktikal

Di atas kertas, Sepanyol jelas mempunyai kelebihan dari segi jumlah pemain yang mempunyai kelebihan teknikal yang lebih baik berbanding Portugal.

Namun kedua-dua pasukan dari negara serumpun ini sangat mengenali corak perlawanan dan taktikal masing-masing. Pertemuan terakhir ialah di Euro 2012, dan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

(Photo by Adrian DENNIS / AFP) (Photo credit should read ADRIAN DENNIS/AFP/Getty Images)

Tidak ada cukup masa untuk Hiero melakukan perubahan ketara untuk skuad Sepanyol yang ditinggalkan oleh Lopetegui.

4-2-3-1/4-3-3 dijangka akan menjadi formasi yang diperagakan Sepanyol,  membenarkan mereka fokus kepada jumlah pemain di bahagian tengah; kelebihan yang mereka miliki disebabkan bakat yang terdapat di dalam skuad La Roja.

(Photo by Peter Lous/Soccrates/Getty Images)

Portugal berkemungkinan akan beraksi dengan sistem dua penyerang, 4-4-2 ataupun 4-3-3.

Empat pertahanan di bahagian belakang bermakna Portugal memiliki empat pemain berpengalaman, Cedric, Pepe, Bruno Alves atau Jose Fonte, dan Raphael Guerreiro di bahagian belakang.

4. Pemain tumpuan

Anda boleh senaraikan siapa sahaja dari skuad Sepanyol yang bergelar pemain bintang. Namun demikian, dua pemain yang wajar diberikan tumpuan ialah Isco dan juga penjaga gol David de Gea.

De Gea cemerlang bersama Manchester United sejak beberapa musim yang lalu, dan tidak syak lagi merupakan antara penjaga gol terbaik dunia pada hari ini.

(Photo by Manuel Queimadelos Alonso/Getty Images)

Namun ini adalah kejohanan penuh pertama untuk penjaga gol berusia 27 tahun untuk Sepanyol, selepas sebelum ini posisi berkenaan menjadi milik Iker Casillas.

Isco juga beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan antarabangsa walaupun bukan pilihan utama di Real Madrid.

Kelebihan Isco ialah fleksibiliti dan juga versatiliti pemain ini untuk beraksi di beberapa posisi serangan.

(Photo by Carlos Rodrigues/Getty Images)

Kita semua tahu kebergantungan Portugal terhadap Ronaldo. Namun Fernando Santos turut mempunyai pemain muda Manchester City, Bernardo Silva.

Ini juga merupakan Piala Dunia pertama buat Ricardo Quaresma, walaupun beraksi untuk negara berkenaan di setiap peringkat umur di pentas antarabangsa. Ia pasti menarik untuk melihat bagaimana penyerang berusia 34 tahun itu mampu membantu pasukannya.

Sebelum sepak mula

Kedua-dua pasukan adalah pasukan pilihan dari Kumpulan B. Namun demikian, kedua-dua pasukan pasti memburu kemenangan pertama untuk memperolehi kelebihan menjuarai kumpulan.

Build-up menuju ke perlawanan ini adalah dramatik dengan apa yang melanda kem Sepanyol. Mari kita harapkan perlawanan ini turut dipenuhi episod dramatik dan menarik untuk kita saksikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN