Rusia 2018: Joe Hart Dijangka Tidak Akan Sertai England, Nick Pope Jadi Pilihan

Joe Hart musim ini menyertai West Ham secara pinjaman untuk mendapatkan tempat beliau dalam skuad Piala Dunia 2018. Musim lalu beliau ke Itali untuk memastikan dirinya mendapat minit perlawanan. Salah satu daripada sebabnya pastinya kerana pasukan England.

Laporan di England menyatakan, Gareth Southgate meletakkan nama Hart dalam senarai pertimbangan. Ini bermaksud, Joe Hart dalam risiko untuk disingkirkan daripada skuad England pada kali ini.

Hal ini kerana, jika penilaian teliti dibuat, sudah pastinya data statistik Joe Hart musim ini akan menjadi punca kenapa Hart akan tertinggal penerbangan.

Joe Hart melakukan beberapa siri kesilapan penjaga gol dan aksi tidak meyakinkan ketika bersama dengan West Ham United musim ini. Joe Hart memiliki 75 kaps kebangsaan, antara yang menanti dengan penuh debaran, adakah nama beliau akan berada dalam senarai.

Mungkin atas tiket budi bicara kerana memerlukan beliau dalam pasukan untuk membantu pemain-pemain muda.

England goalkeepers Jordan Pickford (L) and Joe Hart (2L) reacts as they run with goalkeeping coach Martyn Margetson during a team training session at St George’s Park in Burton-on-Trent on November 10, 2016, ahead of their group F World Cup qualifying football match against Scotland on November 11. / AFP / PAUL ELLIS / NOT FOR MARKETING OR ADVERTISING USE / RESTRICTED TO EDITORIAL USE (Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

2 calon pilihan untuk penjaga gol utama dan penjaga gol kedua adalah Jordan Pickford dan Jack Butland. Joe Hart akan bersaing untuk mendapatkan slot ke-3.

Pesaing beliau adalah penjaga gol muda yang cemerlang dengan Burnley musim ini iaitu Nick Pope. Gareth Southgate dijangka akan mengumumkan senarai skuad beliau pada hari ini.

Joe Hart menjadi penjaga gol no.1 England dalam kempen Piala Dunia 2014 yang lalu. Kali terakhir beliau beraksi untuk England adalah ketika menentang Brazil pada November lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN